-->

Monday, February 18, 2008

Muslimah Day MKKK



Haiyu Sabiek 16 Feb. - Unit Hal Ehwal Wanita MKKK hari ini telah melangkah setapak ke hadapan setelah majlis perasmian program "Muslimah Day" telah berjalan dengan lancarnya pada pagi tadi. Program yang julung-julung kali diadakan ini menunjukkan bahawa kaum muslimah juga perlu tampil kehadapan dalam menjana kekuatan ummah. Semata-mata kekuatan mentaliti tidak mampu membawa kaum muslimah ke mercu kejayaan tanpa kemampuan jasmani.

Program Muslimah Day yang dijadualkan berlangsung pada hari ini dan esok(17 Februari) dirasmikan oleh Puan Salmah binti Che Ros, isteri kepada Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir pada pagi tadi. Majlis turut dihadiri anggota penasihat MKKK, Ustazah Farihah Zaidar binti Abd Majid dan seluruh barisan AJK unit HEWI MKKK. Majlis perasmian tersebut bermula pada jam 8.15 pagi dan bertempat di Asrama Siswi Darul Aman, Haiyu Sabiek. Kehadiran mahasiswi-mahasiswi ahli MKKK yang mencecah 100 orang dalam majlis ini menzahirkan komitmen dan semangat mereka. Ahli-ahli dari cawangan dan mahasiswi-mahasiswi perubatan turut mewarnai kemeriahan program ini.

Sesuai dengan motto program iaitu "Menjana Visi Kredibiliti, Mujahidah Pemangkin Ummah", pelbagai acara telah disusun oleh pihak penganjur bagi mencapai tujuan ukhuwah dan kecerdasan jasmani. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini ialah acara padang, iaitu perlawanan bola jaring dan bola tampar. Permainan sukaneka turut diadakan yang di antaranya ialah "dare or you die", "nang gi lu rum kut kang", "kembar" dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini telah berlangsung dengan lancarnya di padang Nadi Syabab, Haiyu Sadis.

Setelah pelbagai aktiviti riadah selesai dijalankan seperti yang telah dirancang oleh pihak penganjur, program akhirnya ditangguhkan tepat pada jam 3.00 petang. Program seterusnya akan disambung pada keesokkan hari.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?