-->

Monday, February 18, 2008

Majlis Perasmian Hari Keluarga MKKK Meriah
2008-02-17
Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Kaherah 15 Feb. - Program Hari Keluarga 2008 Majlis Kebajikan Keluarga Kedah kali ini semestinya memberikan kenangan yang indah bagi anak-anak Kedah di Mesir. Majlis Perasmian yang begitu meriah pada pagi tadi melambangkan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menjiwai peranan MKKK dalam menyatukan anak-anak Kedah di sini. Dataran Kompleks Pelajar Malaysia Kaherah telah dipilih bagi menjadi lokasi majlis dilaksanakan.

Majlis perasmian yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dimulakan dengan ucapan Pegawai Kebajikan Anak Kedah, En. Zakaria bin Othman. Seterusnya majlis ini disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bangunan JKR Kedah, Tuan Haji Harun bin Abd Hamid yang diundang khas bagi merasmikan majlis gilang-gemilang ini. Beliau turut diiringi Penolong Pengarah Ukur Bahan, En. Mohd Azizi bin Ibrahim yang kedua-dua mereka sampai dari Malaysia sejak 11 Februari yang lepas.

Tuan Haji Harun dalam ucapannya, mengesa supaya pelajar-pelajar yang masih menuntut di bumi Anbia' ini menggunakan segala kelebihan dan kemudahan yang tersedia bagi meningkatkan nilai modal insan dalam diri masing-masing. Perkara ini amat perlu dititik beratkan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 oleh Kerajaan Malaysia. "Jangan kita hanya melukut di tepi gantang", kata beliau ketika menyeru anak-anak Kedah agar memainkan peranan masing-masing dalam masyarakat selepas pulang ke tanah air kelak.

Setelah majlis perasmian dan pengambaran kenang-kenangan selesai, program diteruskan lagi dengan perlawanan futsal Piala Menteri Besar Negeri Kedah. Perlawanan futsal tahun ini pastinya mencatat sejarah apabila 20 pasukan telah menyertai perlawanan untuk merebut piala keramat itu. Masing-masing menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi ketika bermain di padang untuk mendapat kemenangan.

Program Hari Keluarga kali ini semestinya membuka ruang yang cukup luas kepada ahli untuk mencari pendapatan lebih dengan berniaga. Keadaan para peserta perlawanan futsal yang keletihan dan lapar semestinya memberikan "advantage"kepada ahli-ahli yang membuka gerai di sekeliling kawasan dataran samada jualan secara terus atau secara "take, pay and go". Perlawanan futsal akhirnya ditangguhkan pada jam 5.30 petang ke hari esok.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?