-->

Saturday, February 16, 2008

tangisan anak pengemis
Assalamualaikum sahabat...dah lama saya xmencoret kisah dalam ruangan blog ni. Dah banyak yang bertanya...kenapa tidak diupdate blog...sunyi sepi...apa nak buat..kepala tengah runsing...runsing tentang apa...hanya Allah sahajayang mengerti.


Kadang2 saya pun xtau apa yang saya runsingkan...=) biasalah...bila kepala dah pening,jadi la mcm orang x sedar...fikiran dah melayang entah ke mana...


Tapi...jari saya bergerak digelanggang keyboard kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan runsing pening saya tetapi satu insinden yang berlaku keatas diri sya yang membuatkan saya hampir menitiskan air mata...


Bila disebut mesir, pastu terbayang pengemis2 yang bersepah dikaki kota mencari rezeki.Saya dah lali dengan rintihan pengemis2 ini....dari yang muda hingga yang tua...yang laki mahupun wanita....kadang2 dihati ini menyampah...biasalah...manusia apabila dalam hatinya ada sekelumit ego dan takabbur...darjatnya dengan makhluk lain dibeza2kan...


Ada satu ketika, bilamana saya berhasrat untuk ke kedai untuk membeli barang2 niaga...datang seorang anak kecil seusia 7tahun...comel tpi agak comot wajahnya....bila dihitung,mungkin x pernah mandi...kebiasaan di mesir begitu kerana kurang berbau...saya hanyamembiarkan dia merapati sya...


Anak kecil inimemegang tangan saya....menghayun2kan tangan saya meminta sekerat wang untuk dihulurkan...saya hanya berdiam...sambil dihati ini, sy kukuhkan dengan perasan meluat...tapi..sekerap langkah saya..suara tangisan anak ini kedengaran..saya agak terkejut..tidakpernah saya dengan pengemis begini menangis...

saya biarkan sahaja....

anak ini menghayunkan lagi tangan saya...tapi kali ini sedikit perlahan...lemah...seperti tidak bermaya...agak jauh dia mengekori...hati ini sedikit terasa sedih..anak yang begitu kecil, menangis meminta sekelumit harta..tapi saya hanya membiarkan sahaja...


Selangkah dua kemudian,anak itu melepaskan tangan saya...mungkin putus asa agaknya...saya berasa lega...tapi dalam perasaan itu bercampur rasa salah...saya menoleh ke belakang...melihat cahaya mata anak itu bergelinang air mata...air mata pengharapan...tapi apakan daya...hati ini terlalu ego...


kuat dihati ni mengatakan...budakitu hanya berpura2...umminya mengemis kerana malas mencari kerja...ungkapan beginilah yang selalu saya tampal dalam benak fikiran agar tidak ada rasa bersalah..


malam itu sejuk sangat...saya yang memakai 4 helai baju...masih merasa sejuk...tiba2 teringat saya kepada anak kecil tadi...bagaimana dia menghadapi kedinginan malam di musim sejuk begini...? biarpun dia berpura2 tetapi dia tetap seorang manusia yang x mampu mendapatkan keselesaan seperti saya.........salah ke saya?....apa patut saya buat?

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?