-->

Sunday, February 17, 2008

Kena tembak dalam masjid
BANGKOK: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand membunuh seorang ahli politik Islam yang juga antara berbelas jemaah yang bersolat, kata polis semalam.

Lelaki bersenjata memasuki masjid di wilayah Pattani petang kelmarin dan menyertai kira-kira 40 yang lain yang sedang bersujud.

Penyerang kemudian mengeluarkan senjata dan membunuh Madori Buraheng, 40, pegawai bandar, pada jarak dekat sebelum melarikan diri dengan motosikal, kata jurucakap tentera Kolonel Akara Thiprote.

Pihak berkuasa percaya serangan di daerah Thung Yangdaeng Pattani adalah bermotif politik dan tidak berkaitan dengan pemberontakan Islam yang mengorbankan lebih 2,900 nyawa di wilayah paling selatan Thailand sejak 2004, kata Akara.

“Siasatan awal menunjukkan ia mungkin dikaitkan dengan pertelingkahan politik tempatan dan bukannya pemberontakan Islam,” kata Akara.

“Ia jelas serangan disasarkan kerana tiada lagi yang cedera.”

Tembakan bermotosikal dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, kawasan majoriti Islam di negara penduduk Buddha. - AP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?