-->

Monday, March 31, 2008

Ramalan Isaac Newton Mengenai Dunia Akhir Zaman

Isaac Newton, selaku watak didalam novel Dan Brown "The Da Vinci Code" yang seringkali disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh Illuminati Eropah abad pertengahan yang melawan gereja soal graviti bumi dan kedudukannya yang sebenar, realitinya dunia menyedari bahawasanya mereka memiliki sebuah menuskrip rahsia.

Menuskrip ini merupakan ramalan Newton mengenai Dunia Akhir Zaman yang diambil dari berbagi-bagai kitab kuno dan juga Injil Daniel.

Disana, terdapat beberapa surat dan tulisan yang membuktikan bahawa selain daripada fizik dan matematik, Newton juga mendalami ilmu-ilmu keagamaan, simbol dan juga ramalan. Kajian beliau yang terakhir mendekatkan beliau dengan bebrapa kumpulan ilmuwan Eropah Kabalah abad pertengahan yang ketika itu menjadi musuh gereja. Sebuah kumpulan atau gerakan ilmuwan yang paling terkemuka di Eropah ketika itu adalah Illuminati, dengan makna lain " Yang Memberi Cahaya" (Illuminatrix).

Maria Magdalena yang disanjungi oleh kelompok kabbalah pula mempunyai nama lain iaitu Iluminatrix Queen (Ratu Yang memberi Cahaya).

Sebagai seorang pengikut fahaham Heliosentris yang diturunkan oleh Aristarchus, Copernicus, dan kemudian Galilei-Galileo, Isaac Newton juga antara individu yang dimusuhi gereja. Secara diam-diam, Newton melakukan penghitungan matematik terhadap usia dunia dengan sumber-sumber dari berbagai kitab ramalan, sejarah, dan juga Alkitab itu sendiri.

Newton merangkak mencari jawapan bahawasanya kebangkitan Kerajaan Romawi Suci semula memerlukan 1260 tahun setelah runtuh pada tahun 800 M. Hasilnya, Newton menulis, Kerajaan Romawi Suci akan berdiri dan ini petanda bagi Hari Akhir Zaman atau lebih difahami dengan Zaman Kehancuran Dunia, pada tahun 2060.


Berdasarkan kepercayaan kelompok Kabbalah, di Dunia Akhir Zaman, Haikal Sulaiman sudah dibina dan dari sana Sang Musuh Islam (The Christ) akan kembali memimpin orang-orang Yahudi untuk memerangi seluruh manusia yang enggan tunduk pada mereka. Perang ini akan berlangsung dengan hebat di atas bukit Megiddo di kawasan Arab dan sebab itu dinamakan Perang Armageddon.

Menuskrip rahasia Newton (The Secrets Newton) ini sempat dipamerkan pada tahun 1969 di Universiti Ibrani di Yerusalem. Dan setelah itu tidak ada sebarang khabar berita mengenainya.





Riwayat Newton
Sir Isaac Newton, 4 Januari 1643 - 31 March 1727, merupakan seorang ahli fizik, ahli matemaik, ahli astronomi dan juga ahli kimia yang berasal dari Inggeris. Beliau merupakan pengikut aliran heliosentris dan ilmuwan yang sangat berpengaruh sepanjang sejarahnya, bahkan dikatakan sebagai bapa ilmuan fisik moden.

Dengan berbagai hasil karya ilmiah yang dicapainya, Newton menulis sebuah buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, di mana pada buku tersebut dideskripsikan mengenai teori graviti dunia secara umum, berdasarkan hukum gerak yang dikajinya, di mana benda akan tertarik ke bawah karena gaya graviti.

Bekerja sama dengan Gottfried Leibniz, Newton mengembangkan teori kalkulus. Newton merupakan orang pertama yang menjelaskan tentang teori gerak dan berperanan penting dalam merumuskan gerakan melingkar dari hukum Kepler, di mana Newton memperluas hukum tersebut dengan beranggapan bahawa suatu orbit gerakan melingkar tidak mungkin selalu berbentuk lingkaran sempurna (seperti elipse, hiperbola dan parabola).

Newton menemui spektrum warna ketika melakukan percubaan dengan melewati cahaya putih pada sebuah prisma, dia juga percaya bahawa cahaya merupakan kumpulan dari partikel-partikel. Newton juga mengembangkan hukum tentang pendinginan yang diperolehi dari teori binomial, dan menemui sebuah prinsip momentum dan angular momentum.

(artikel : Rizki Ridyasmara/eramuslim)
(susunatur & edit : Yusri Zahir/semadikasih)

1 comments:

Muhammad Yusri bin Mohd Zahir said...

hurm...newton ni..dah masuk Islam ke?..sapa2 bley tolong jawabkan..?

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?