-->

Sunday, April 27, 2008

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM


BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan?
Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?



CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik
(Syurga). (Ali Imran: 14).


Berkata Imam Qurthubi:


ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)



Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.



Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
(Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)



ALLAH berfirman;

Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang
baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.




ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI
ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.


1.Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur:
30)



Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)


2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman

Dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.

(an-Nuur: 31)




Juga Firman-NYA;

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).




Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki,
begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.





3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;


Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;


Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)



4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata:

Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


pena penulis;
aku juga seorang manusia yang pernah menbawa diri dalam kancah percintaan yang begitu asyik dibuai nafsu dan bisikan syaitan yang senantiasa mencari peluang untuk membawa manusia kearah jalan yang salah.


Tatkala ditegur dan dinasihati, hati ini mengungkit menempelak mereka kembali. Itulah manusia, apabiladiadun bersama nafsu danbisikan syaitan, ego xsepantasnya turun untuk mendengar nasihat itu.


Oleh itu sahabt sekalian, aku sebagai seorang pelajar dan juga penuntut agama Allah yang suci ini, mengajak agar kita sama2 merendahkan diri ketika mendengar nasihat dan buka hati seluas-luasnya apabila kita dicemuh dan dikritik. KERANA Allah berpesan kedapa kita juga melalui kalam sahabat2 kita. Itu cermin kepada kita. wassalam...

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?