Katanya, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk mendapatkan persetujuan.
"Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini .
Anwar berkata, bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti.
Katanya beliau hanya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan itu dan bukannya menjadi ketuanya.
Anwar berkata, ketiga-tiga parti itu juga akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April ini bagi memantapkan pemahaman Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai semua dasar. - Bernama
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan