
Khamis, 22/01/2009 - Hamas menyifatkan kenyataan KTT Ekonomi Arab sebagai satu yang lemah dan tidak tegas. Kenyataan KTT itu jelas tidak menyokong aspirasi pejuang Palestin dan tidak menampakkan untuk menghentikan hubungan dengan Zionis-Israel. Namun demikian, Hamas menyambut baik cadangan damai inisiatif Raja Saudi.
Wakil Hamas, Sami Abu Zuhri menyambut baik cadangan Saudi dan turut menegaskan pengajaran yang perlu diambil dari dialog-dialog yang pernah di buat sebelum ini.
Dalam kenyataan yang sama, Abu Zuhri tidak nampak halatuju KTT Ekonomi Arab ini kerana kurang membincangkan hal di Gaza. Banyak perkara tidak tertumpu pada hasrat rakyat Palestin. Persidangan ini juga tidak menegaskan pembukaan sempadan Rafah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
copyright: palestinkini.info
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan