-->

Wednesday, January 28, 2009

Abu Zuhri:Kita sedang mengkaji cadangan perdamaian Mesir, isu Shaleet ditutup.


Rabu, 28/01/2009 - HAMAS menegaskan ia telah menerima cadangan Mesir tentang plan perdamaian dengan regim Zionis di Semenanjung Gaza dan institusinya sedang mengkaji cadangan tersebut dengan mendalam serta akan memaklumkan kepada Kaherah tentang pendiriannya terhadap isu tersebut dalam masa dua hari.

Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS memaklumkan dalam satu kenyataan kepada ‘Quds Press’ bahawa delegasi HAMAS ke Kaherah sekarang berada di Damsyik. Beliau memberitahu, “kami telah menerima cadangan Mesir berkenaan plan gencatan senjata yang sekarang sedang dikaji dengan teliti oleh pihak-pihak berkenaan dalam HAMAS. Apa yang penting bagi kami ialah pembukaan sebenar semua pintu masuk dan penamatan segala bentuk kepungan dan pencerobohan.”

Walau bagaimana pun, Abu Zuhri enggan mendedahkan butiran lanjut cadangan yang dibawa oleh delegasi HAMAS ke Kaherah. Tetapi beliau menegaskan percubaan untuk mengaitkan antara cadangan gencatan senjata dengan pembebasan Gelad Shaleet, tentera Zionis yang ditawan tidak akan berjaya. Beliau berkata, “semua cadangan sedang dikaji dengan teliti.

Tetapi isu Shaleet hanya berkait dengan isu tawanan yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan isu gencatan senjata yang perbincangannya sedang berlangsung sekarang. Israel cuba untuk mengeksploitasi perbincangan gencatan senjata sekarang untuk membebaskan Shaleet, tetapi bagi kami, isu ini ditutup dan syarat-syaratnya sudah sedia dimaklumi oleh semua pihak.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
copyright: palestinkini.info

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?