-->

Thursday, January 29, 2009

Israel memusnahkan bangunan, tanaman dan manusia di Gaza.
Khamis, 29/01/2009 - Delegasi ahli parlimen Switzerland amat terkejut dengan tahap kemusnahan di Gaza dan membuat kesimpulan Israel telah membunuh segala-galanya di Gaza. Tambahan mereka menggesa kerajaan Switzerland yang menjadi penaja konvensyen Geneva untuk memberi bantuan segera dan mendakwa penjenayah perang Israel.

Mereka juga bertegas agar kerajaan Switzerland menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Israel melihat kepada tahap kemusnahan yang menunjukkan Israel telah mengebom di sana sini tidak mengenal manusia atau bangunan.

Ini bukan peperangan di antara tentera Israel terhadap pejuang Hamas tetapi terhadap orang awam Palestin yang tidak boleh diterima sama sekali dan pihak komuniti antarabangsa wajib menghukum Israel di atas kekejaman mereka, kata Joseph Zisyadis salah seorang ahli delegasi.

Mereka akhirnya memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel dan menggesa agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Gaza dimansuhkan dengan serta merta.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
copyright: palestinkini.info

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?