-->

Thursday, January 15, 2009

Jawi keluar kad pintar permudah saudara baru
Oleh Azman Mahmood
bhnews@bharian.com.my

Dokumen elak pengesahan status pemeluk Islam dipertikai

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjadi pihak berkuasa agama pertama di negara ini memperkenalkan Kad Pintar Mualaf yang tidak lagi boleh dicabar oleh waris mereka, termasuk di mahkamah untuk mempertikaikan pengesahan status seseorang saudara baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kad dikenali Kad Akuan Masuk Islam itu penting bagi mengelak masalah jika berlaku kematian kerana ada mualaf merahsiakan status agama Islam daripada waris terdekat kerana mahu menjaga hati.

Katanya, Jawi sudah mengeluarkan kad itu mulai Julai tahun lalu secara percuma dan sehingga kini 688 sudah diserahkan kepada mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Semua saudara baru yang bermastautin di Wilayah Persekutuan akan diberi kad sama dan kita harap lebih ramai datang untuk mendaftar mendapatkan kad baru itu.

"Dengan kad ini, mana-mana pihak atau waris tidak boleh mencabar status agama individu itu sebagai Islam termasuk di mahkamah jika berlaku sesuatu seperti membabitkan kematian," katanya kepada Berita Harian di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai pengeluaran kad pengesahan status beragama Islam untuk mualaf yang dikatakan akan dilaksanakan sepenuhnya sebelum akhir tahun depan.

Rancangan pengeluaran kad itu sebelum ini bermasalah kerana bidang kuasa agama tertakluk kepada negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan, tetapi difahamkan semua Jabatan Agama Islam Negeri pada dasarnya sudah setuju mengeluarkan kad sama seperti dikeluarkan Jawi.

Kad terbabit menggunakan teknologi cip bagi penyimpanan data dengan maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip, menyimpan cap ibu jari kanan dan kiri yang dipadankan dengan MyKad dan pada permukaan depan mempunyai gambar pemilik kad berkenaan di bawah sebelah kanan muka depan.

Pada kad itu juga tertera logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bahagian atas sebelah kiri. Bahagian depan kad itu juga dipaparkan nama asal saudara baru dan nama baru Islam serta nombor kad pengenalan atau pasport pemiliknya.

Kad bersaiz MyKad dengan warna latar biru itu juga mempunyai ciri keselamatan terkini dengan bahagian belakang antara lain dinyatakan tarikh daftar Islam dan masuk Islam serta bangsa asal saudara Muslim itu.

Ahmad Zahid berkata, sejak 1974 sehingga Jun tahun lalu, saudara Muslim hanya diberikan sekeping kad pengesahan masuk Islam dibuat daripada kad yang dibalut dengan plastik yang tidak tahan lama serta mudah rosak.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?