
Dalam hubungan itu, kerelaan umat Islam bagi memperuntukkan kekayaan mereka untuk disatukan dalam dana wakaf bagi mencapai matlamat berkenaan adalah cabaran besar yang perlu ditangani.
Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Profesor Dr Barjoyai Bardai, berkata cara mengatasi cabaran itu adalah dengan mempraktikkan semangat persaudaraan dan pemikiran yang jitu dalam mengurus kewangan serta kapasiti kekayaan.
"Kita perlu disedarkan kembali mengenai kepentingan konsep wakaf yang pada asasnya adalah kaedah menyatukan kekayaan dan kapasiti kewangan umat Islam," katanya dalam kertas kerja bertajuk Memperkasa Institusi Pembangunan Ekonomi dan Penggemblengan Dana Ummah: Strategi Pemantapan Kegiatan Ekonomi Ummah yang Lestari.

AHLI panel membentang
kertas kerja pada hari
ketiga Kongres Ekonomi
Islam Ketiga di PWTC, semalam.
Beliau berkata, perbankan Islam yang meliputi kira-kira 300 bank di seluruh dunia dan menguruskan lebih AS$1 trilion (RM3.5 trilion) dana dilihat sebagai proksi yang boleh digunakan dalam usaha menggembleng dana umat Islam dunia.
"Di Geneva, saja kira-kira AS$200 juta (RM700 juta) dana milik umat Islam diuruskan," katanya.
Barjoyai menambah, umat Islam juga adalah golongan yang pemurah dan mendermakan antara AS$250 (RM875 juta) hingga AS$1 bilion (RM3.5 bilion) setiap tahun.
"Persoalannya adalah ke manakah faedah daripada semua dana itu dan mengapa umat Islam masih jauh terpinggir, meskipun dengan adanya sumber kewangan dan kapasiti kewangan yang besar," katanya.
Selain itu, beliau berkata, meskipun pelbagai bentuk organisasi dan institusi kini wujud bagi menyokong pembangunan ummah dan peniaga Muslim di Malaysia dan seluruh dunia tetapi sumbangannya ke arah itu masih disangsikan.
"Setiap satunya berusaha untuk memainkan peranan berkesan dalam usaha membantu ummah, namun kesangsian terus wujud iaitu apakah institusi dan organisasi itu benar-benar menyumbang terhadap pembangunan ummah dan peniaga Muslim?" katanya.
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan