-->

Saturday, January 31, 2009

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah guna sabun
BUKIT MERTAJAM: Kastam Bahagian Pencegahan Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamin bernilai RM262,000 menggunakan sabun buku dan termos (bekas makanan) dengan penangkapan seorang lelaki rakyat asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Kastam, Chik Omar Chik Lim berkata, lelaki rakyat India itu, yang baru tiba di negeri ini dari Mumbai melalui Bangkok pada kira-kira jam 10.20 malam itu, didapati menyembunyikan 7.48kg dadah berkenaan di dalam 147 buku sabun serta bekas makanan itu bagi mengelakkan kegiatannya itu daripada dihidu pihak berkuasa.

Lelaki berumur 40-an itu dilihat membawa dua buah beg yang masing-masing berisi sabun dan termos dan hasil pemeriksaan kemudiannya menjumpai hablur berwarna putih dipercayai ketamin di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau percaya dadah yang dibawa lelaki itu akan diedarkan di pasaran tempatan.

Katanya berdasarkan siasatan awal, lelaki itu didapati pernah bekerja di sebuah restoran di negara ini selama dua tahun.

Chik Omar berkata, lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori, jika disabit kesalahan.

Sejak awal bulan ini, Kastam Pulau Pinang telah berjaya menahan tiga lelaki rakyat India yang cuba menyeludup dadah ke negara ini melalui lapangan terbang dan merampas dadah bernilai RM1.27 juta, katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha mematahkan cubaan menyeludup dadah ke negara ini dan meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dadah dengan menghubungi talian 04-3972969. - Bernama


copyright: bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?