-->

Saturday, January 31, 2009

Samy Vellu akan umum persaraan pada masa sesuai
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan penyerahan jawatan Presiden parti pada masa yang sesuai kepada sesiapa yang dilantik sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti September ini.

"Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, misi saya sekarang ialah untuk mengukuhkan parti dan kemudian menyerahkannya kepada (mereka yang bakal dilantik sebagai) timbalan presiden," katanya ketika diminta mengulas laporan muka depan dalam akhbar harian Tamil hari ini bahawa beliau mungkin melepaskan jawatannya pada Ogos tahun ini.

Laporan itu memetik Samy Vellu sebagai berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh suku ketiga tahun ini.

Beliau juga mengesahkan hari ini bahawa tidak terdapat sebarang jangka waktu yang ditetapkan bagi penyerahan itu.

Samy Vellu berkata beliau akan berbincang dengan anggota parti terlebih dulu sebelum memutuskan tarikh berkenaan.

MIC akan mengadakan pemilihan tiga tahun sekali bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada September tahun ini.

Timbalan Presiden MIC sekarang ialah Datuk G Palanivel. Adalah difahamkan persaingan sengit akan berlaku bagi jawatan nombor dua parti itu dengan bekas timbalan presiden parti Datuk S Subramaniam dijangka menyertai persaingan itu.

Kemungkinan pesaing lain ialah naib presiden MIC Datuk S Sothinathan dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang sejak kebelakangan ini dilihat sebagai calon pilihan.

Pemilihan jawatan presiden itu akan diadakan berasingan dan mungkin diadakan pada Mei atau Jun tahun ini. Samy Vellu telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahan jawatan yang disandangnya sejak 1979.

Samy Vellu berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan anggota parti di seluruh negara bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung beberapa perkara berkaitan parti. - Bernama




copyright: bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?