-->

Wednesday, January 14, 2009

Kutipan dana Gaza cecah RM1.5 juta
KUALA LUMPUR: Prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi Israel mendorong sumbangan ke Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), terus mencurah-curah menjadikan jumlahnya mencecah RM1,464,546.29, sehingga semalam.

Sebahagian kutipan diraih hasil sokongan Maybank yang menawarkan rangkaian dan sistem penyampaian elektroniknya bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan sama ada menerusi cawangan bank itu, maybank2u, perbankan telefon KawanKu, mesin deposit atau mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Sumbangan semalam turut diterima daripada Dr Mohd Noor Manukaran dan seorang lagi yang tidak mahu dikenali, masing-masing menyerahkan RM10,000, manakala kutipan keseluruhan di kaunter cawangan NSTP seluruh negara kira-kira RM25,700.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 yang diserahkan Yang Dipertuanya, Tun Sakaran Dandai.

Di MELAKA, penderitaan rakyat Palestin mendapat simpati kerajaan negeri yang menyumbang sebanyak RM100,000 yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, semalam.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghantar sumbangan kepada Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza.

Sumbangan juga boleh disampaikan kepada syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8tv, ntv7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya.

copyright : berita harian

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?