-->

Wednesday, January 14, 2009

Tidak mengaku cuba bunuh isteri
Oleh Rosli Abdul Jalil
copyright : bharian.com.my


MD ZAMMRI ketika keluar
dari Mahkamah Majistret
Kuantan, semalam.
Tertuduh didakwa
tolak mangsa ke sungai



KUANTAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cubaan membunuh isterinya ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh Md Zammri Yaakob Musa, 42, dari Kampung Peramu dekat sini didakwa melakukan perbuatan itu dengan menolak isterinya ke dalam sungai dengan niat menyebabkan kematian di Jambatan Sungai Bukit Rangin pada 6 Januari lalu, kira-kira jam 12.25 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Majistret Nordiana Abdul Aziz kemudian menetapkan sebutan jamin kes itu pada 2 Februari depan.

Terdahulu, beliau membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan dua penjamin selepas Md Zammri merayu jaminan dikurangkan.

Md Zammri berkata beliau terpaksa menanggung isteri dan dua anaknya, termasuk yang masih bersekolah di tingkatan lima, manakala isterinya tidak bekerja.

Nordiana turut mengenakan syarat supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dalam apa jua bentuk komunikasi dalam tempoh jaminan itu.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Muhammed Zakaria.

Dalam kejadian itu, mangsa yang jugadipercayai terjatuh ke dalam sungai apabila ditolak lelaki terbabit yang juga suaminya di atas Jambatan Bukit Rangin, di sini selepas satu pertengkaran.

Dua pemancing yang melihat kejadian itu kemudian memaklumkan kepada polis sebelum gerakan mencari mangsa dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Marin.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?