-->

Saturday, January 17, 2009

Obama diugut bunuh
Lelaki mahu halang Yahudi daripada buli AS

WASHINGTON: Seorang lelaki ditahan kelmarin di Brookhaven, Mississippi selepas melakukan ancaman membunuh Barack Obama pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat 20 Januari ini, menurut Jabatan Kehakiman Amerika.

“Ancaman terhadap bakal presiden itu dipandang serius. Penggunaan laman sembang internet untuk meluahkan ancaman seumpama itu adalah jenayah seperti mengeluarkan kenyataan lisan. Ancaman seumpama itu akan diburu,” kata Peguam Amerika, Dunn Lampton.

Steven Joseph Christopher dari Wisconsin ditahan oleh Perkhidmatan Rahsia Amerika dengan bantuan agensi penguat kuasa undang-undang tempatan.

Ancaman membunuh presiden adalah kesalahan yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda AS$250,000 (RM875,000).

“Saya memutuskan akan membunuh Obama. Saya tidak menyimpan dendam peribadi kepada lelaki itu, tetapi saya melakukannya demi kebaikan negara.

“Ia bukan kerana saya bersifat perkauman kerana mahu membunuh Obama, ia kerana kita tidak boleh lagi membiarkan parasit Yahudi terus membuli dalam usaha mereka menjadikan rakyat Amerika menerima cara jahat mereka,” tulis Christopher dalam laman web www.alien-earth.org pada 11 Januari lalu. - AFP

sumber : berita harian

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?