-->

Thursday, January 15, 2009

Bekas Pengarang Berita BH meninggal
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Berita, Berita Harian pada 1970-an, Samani Amin meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dekat sini, jam 6.55 petang, semalam.

Allahyarham Samani, 78, dikatakan mengalami serangan jantung awal pagi kelmarin yang menyebabkan beliau terjatuh dan mengalami luka di kepala.

Isteri Allahyarham, Azizah Ahmad, 68, berkata sebaik menyedari kejadian itu, beliau dan keluarga membawa suaminya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU).

"Ini kali pertama arwah mengalami serangan jantung. Malah, ketika kami berada bersama arwah di hospital Selasa lalu, arwah dalam keadaan ceria dan menyatakan beliau dalam keadaan sihat.

"Bagaimanapun, tengah hari tadi (semalam), kami tidak dibenarkan menemuinya kerana doktor mengesan arwah dikesan mengalami serangan jantung buat kali kedua pada jam 1 petang dan disahkan meninggal dunia petang tadi," katanya ketika dihubungi di kediaman Allahyarham di Lorong Haji Tahir, Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Klang dekat sini, semalam.

Allahyarham bertugas selama enam tahun di Berita Harian sebelum dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 22 bulan pada 1976 bersama tokoh kewartawanan, Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak.

Selepas dibebaskan, Allahyarham menjadi penulis bebas sebelum menyertai Yayasan Syed Kechik. Pada 1983, Allahyarham bertugas di akhbar The Star dan bersara sebagai Pengurus Editorial akhbar berkenaan pada 1995.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak � pegawai di syarikat telekomunikasi, Marx Aidiet, 50; pensyarah komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Mus Chairil, 47; ahli perniagaan, Mas Dati, 44 dan bekas wartawan The Star, Mas Elati, 37.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lorong Universiti, Jalan Kebun, Klang jam 10 pagi ini.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?