-->

Thursday, January 15, 2009

Tiga maut nahas 3 kereta
Oleh Khairul Anuar Abd Samad dan Ramli Hussin
bhkb@bharian.com.my

Enam lagi cedera kenderaan bertembung di Machang

MACHANG: Tiga maut, manakala enam lagi cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dekat Pangkal Meleret dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam di Kilometer 41.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu, guru Sekolah Menengah Kampung Pek, Machang, Kamaruzaman Yusof, 34, yang memandu sendirian mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam Proton Iswara dipandunya.

Dua mangsa lain, warga emas, Che Mah Che Yahya, 74, dan warga Thailand, Dorloh Seng, 56, dari Narathiwat, mati ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pagi semalam.

Enam lagi penumpang dua kereta terbabit cedera dengan lima dirawat di HRPZII, manakala seorang lagi yang parah dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat Kubang Kerian.

Ketua Trafik Jajahan Machang, Asisten Superintendan XD Zuandy Mohd Noor, berkata kemalangan berlaku ketika Kamaruzaman dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumahnya di Batu 30, Machang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung kereta Proton Iswara Aeroback dari arah bertentangan.

"Pada masa sama, kereta Honda City dipandu Dorloh yang mengekori di belakang, gagal mengelak sebelum melanggar Iswara Aeroback, menyebabkan ketiga-tiga kereta berkenaan remuk," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, punca kemalangan masih disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, abang Kamaruzaman, Rosli, 40, berkata beliau bertemu adiknya, Ahad lalu ketika mereka pulang ke rumah ibu bapa dekat Kampung Dewan Kecil, Machang.

"Saya terasa kehilangannya kerana baru tiga hari lalu kami berbincang mengenai hasrat saya untuk bertukar mengajar di Machang selepas 13 tahun di Gua Musang," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Machang.

Sementara itu, rakan Dorloh, Rosdi Yusoff, 36, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kota Bharu untuk menziarahi keluarga saudaranya.

"Kami masuk ke sini menerusi Rantau Panjang selepas solat Maghrib dan menaiki dua kereta berasingan sambil bergerak secara konvoi tetapi dalam perjalanan itu, saya ketinggalan kira-kira 10 minit di belakang.

"Ketika sampai di tempat kejadian, saya terkejut melihat kereta Dorloh terbabit dalam kemalangan itu," katanya.

Rosdi berkata, jenazah Dorloh akan dibawa pulang ke kampungnya dekat Narathiwat untuk dikebumikan, lewat petang semalam.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?