-->

Saturday, January 31, 2009

Perbelanjaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dikekalkan
KUALA LUMPUR: Majikan dan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat digesa mempertahan perbelanjaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan tidak menggunakan kedudukan ekonomi sekarang sebagai alasan untuk mengurangkan kos demi kepentingan pekerja mereka.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye hari ini berkata beliau menyedari mengenai kelembapan ekonomi pada masa ini tetapi ia bukan idea yang baik untuk berkompromi tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kerana ia tetap membabitkan kos tambahan kepada sesebuah syarikat.

"Tiada syarikat yang mahu sesuatu kemalangan yang tidak diingini berlaku yang boleh mengganggu pengeluaran atau diganggu dengan penyiasatan terhadap sesuatu kemalangan sehingga membawa kepada arahan memberhentikan kerja dan menjejaskan produktiviti, katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Lee berkata keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa kelembapan ekonomi perlu dikendalikan secara sistematik dengan mengadakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di mana pasukan pengurusan memberi perhatian serius berhubung aspek untuk menguruskan OSH dengan sewajarnya.

"Dengan sistem sedemikian ia dapat menyediakan keperluan pelaburan dalam bentuk komitmen seperti kewangan, modal insan dan peralatan dalam strategi OSH yang bersistematik dalam usaha mencapai kadar pulangan yang tinggi seperti kadar sifar kemalangan tanpa menjejaskan prestasi keuntungan keseluruhan syarikat, katanya.

Katanya sistem pengurusan OSH yang baik akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam kewangan, tenaga manusia dan sumber-sumber lain dan mengubah pendekatan bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk mencegah kemalangan daripada cuba mengatasinya. - Bernama

---------------------------------------
copyright: bharian.com.my

2 comments:

Anonymous said...

waaa...osh??mcm course yg sy amek jerr..
uhuuuuu~

darkgreenz said...

yer ker .. huhu~

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?