-->

Tuesday, January 13, 2009

PMRAM Lancar "Satu Junaih untuk Satu Nyawa"
8 Januari-
PMRAM mengadakan solat hajat dan pelancaran kutipan derma "Satu Junaih untuk Satu Nyawa" selepas solat Isyak malam ini bertempat di Rumah Selangor, Hayyul 'Asyir.Solat hajat itu khas diadakan bagi memohon pertolongan dan keselamatan dari Allah ketika umat Islam di Gaza masih diserang pada hari ini. Usaha ini merupakan salah satu komitmen PMRAM dalam isu antarabangsa ini sekaligus menolak dakyah sesetengah pihak yang masih mempertikaikan usaha PMRAM dalam membantu umat Islam di Gaza ketika ini.

Solat hajat diadakan sejurus selepas solat Isyak yang diimami oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Sebelum itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan menyampaikan ucapan alu-aluan mengucapkan penghargaan kepada semua yang hadir serta mengalu-alukan kehadiran Presiden serta anggota Badan Pengurus PMRAM yang lain. Presiden PMRAM turut membaca qunut nazilah ketika rakaat akhir solat hajat tersebut. Beliau kemudian diberikan kesempatan menyampaikan ucapan serta melancarkan tabung untuk Gaza "Satu junaih untuk Satu Nyawa".

Pihaknya juga akan memaklumkan kepada Ketua Unit Kebajikan BKAN dan DPM untuk melancarkan kutipan tersebut di BKAN dan DPM masing-masing.Pada majlis berkenaan turut diedarkan PRISMA edaran khas kepada mereka yang hadir terbitan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM. yang memuatkan kenyataan rasmi Presiden PMRAM tentang kecaman PMRAM terhadap Israel. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad, anggota Badan Pengurus PMRAM serta AJKT BKASM.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?