-->

Saturday, January 10, 2009

terpikat suara azan...tatiana peluk Islam..




Gadis yang berasal dari Slowakia itu terbuka hatinya kepada Islam selepas dia mendengar laungan azan ketika berkunjung ke Cairo, Mesir.







" ketika mendengar suara azan, sejujurnya saya katakan, saya dapat merasakan getaran yang pelik dalam hati saya. Ketika itu saya seperti terpukau dan tidak mendengar suara lain kecuali azan yang berkumandang melalui corong2 menara masjid itu" akuinya.


Apabila kembali ke Slowakia, dia mendalami Ilmu Islam dengan bantuan muslimah di sana. Bahkan internet juga sangat2 membantu dia dalam mengenal Islam. keadaan ini membuatkan saya kuat untuk menulis tentang Islam di dalam blog saya ini. Mudah-mudahan saya mampu berubah menjadi lebih baik. ameenn..

hasilnya, dia memeluk Islam dengan rela hati dan kiki sedang menjalani hari-hari yang dikatakannya begitu indah dan nikmat. Itulah Tatiana Fatimah yang sempat saya dapatkan pengesahan daripada beberapa laman web yang menceritakan tentang diri beliau. Antaranya yang terdapat didalam hidayatullah.com .

Anda boleh mencari laman web islamic di dalam sidebar linkworld saya. Di bawah bahagian Islamic website. Ditambah lagi dari kata2 beliau,


"Sejuta kata2 x cukup untuk menggambarkan bagaimana rasa cintanya saya kepada Allah. Inilah yang saya rasakan saat ini. Islam ibarat darah yang mengalir di sekujur tubuh hingga ke hujung jari saya. Ketika berinteraksi dengan Allah di dalam solat, saya merasakan begitu indah," - Tatiana

"Saya berterima kasih kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala atas hadiah yang sangat berharga ini, iaitu menjadikan saya sebagai seoraang muslim. Sepanjang hidup kini hanya untuk memuji dan mensyukuri nikmat-Nya," katanya lagi.



SUKA MELANCONG

Sebelum ini, perjalanan hidup Tatiana menuju Islam cukup sederhana dan tidak melewati jalan yang rumit. Kadang2 dia mengaku sering tersenyum sendiri jika teringat perkenalannya yang pertama dengan Islam.

"Melancong adalah hobi saya. Kami sering melancong sekeluarga ke serata negara. Negara-negara muslim telah banyak kami lawati," akuinya.
" Mesir merupakan negara terakhir yang kami kunjungi. Budaya dan segala rupa keunikan masyarakatnya sangat berkesan di hati,"

Namun di sanalah kami pertama Tatiana mendekati masjid. Tetapi jauh sekali untuk memasuki masjid kerana tidak kesampaian.

“Ketika itu saya ingat , orang bukan Islam dilarang memasuki masjid. Tetapi ketika mendengar suara azan, sejujurnya saya katakan, saya dapat merasakan getaran yang pelik dalam hati saya. Ketika itu saya seperti terpukau dan tidak mendengar suara lain kecuali azan yang berkumandang melalui corong2 menara masjid itu. yang lebih memberi kesan adalah apabila saya melihat orang-orang yang berkumpul di dalam masjid, penuh dengan kesan kesatuan dan kasih sayang ketika mendirikan solat. Situasi tersebut masih jelas didalam ingatan saya."



TERTARIK DENGAN BAHASA ARAB


“saya langsung tidak tahu apa2 tentang Islam berbanding dengan sekarang ini".Tatiana masih ingat, ketika pulang dari Cairo, dia sangat tertarik sekali belajar bahasa arab. Secara tiba2 dia merasakan bahasa arab adalah bahasa yang paling indah di dunia. Sayangnya, ditempatnya tidak ada kursus yang mengajar bahasa arab. Yang ada hanyalah bahasa inggris dan jerman.

Pernah juga pihak sekolah bercadang untuk membuka kelas bahasa arab, tetapi dibatalkan. Ketika itu hampir memasuki Bulan Ramadhan. Rupanya-rupanya, guru yang ingin mengajar bahasa arab ingin pulang ke kampung. Oleh sebab itu dibatalkan. Tatiana begitu kecewa ketika itu.Untuk beberapa ketika, dia senyap dari mempelajari bahasa arab. Namun dia mengaku, dia sangat dahaganya ilmu bahasa al-Quran ini dan ingin mempelajari secara terperinci.


"tak lama selepas tu, saya mulai belajar mengenai Islam lagi, perlahan-lahan. Saya mulakan dengan internet. berbagai website yang saya temui. Ada saja yang menghina Islam. Begitu juga semua channel di TV yang menyajikan acara tentang Islam dan Muslim"

Tatiana juga turut mengikuti sebuah forum khas khusus untuk wanita di internet. melalui internetlah Tatiana banyak belajar mengenai Islam.




IKUT KELAS AL-QURAN

Ada juga beberapa warga Muslim Slowakia yang membantunya dalam memahami Islam.
Pernah satu ketika seorang Muslimah asal Kosice memberitahukan akan ada kelas bahasa Arab dan Alquran. Kosice merupakan sebuah tempat di Slowakia yang memiliki luas wilayah 6.753 km² dan populasi penduduk 766.012 jiwa.
“Muslimah itu saya kenal sangat sebab sering keluar di program talk show menceritakan tentang Islam dan Muslim,”

“Saya tentu tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengikut serta dan lantas mengutuskan email tanpa kebersediaan untuk mengikuti program tersebut. Kami bertemu selepas itu. Orangnya sangat ramah dan air mukanya memancarkan kedamaian seorang muslimah,”


Satu sifat Tatiana, iaitu dia selalu berprasangka baik terhadap orang lain. Jadi tak susah untuknya belajar sesuatu yang baru. Tidak ada langsung rasa takut walau disebut pengganas, misalnya.

“Saya belajar dari sesiapa sahaja. Saya menghadiri kekelas bahasa arab itu dengan kawan2 muslimah. Tak lama kemudian, saya ada ramai kawan muslimah. Saya selalu datang kekelas dan merasai nikmat mempelajari bahasa arab,” katanya.


Ketika itu dia masih belum menganut agama Islam. Dia tidak merasa kekok malahan ramai yang membantunya ketika dia berada didalam kesulitan.

Selepas beberapa bulan kemudian, kelas bahasa Arab tamat tetapi keakraban di antara mereka yang telah terjalin menjadi begitu kental. “Kami selalu berjumpa. Bbahkan kami selalu berbincang berjam2 lamanya. Bagi saya hal itu sangat membantu untuk mengenali kehidupan Islam lebih dalam,”


Saat itu Tatiana masih ragu-ragu, antara masuk Islam dan tidak. “Saya masih menghadapi dilema soalan itu. Tapi batin saya mengatakan itu bukan perkara yang berat, yang paling penting sekarang adalah belajar mengenal dan mencintai Tuhan (Allah).

Saya bertanya kepada kawan-kawan Muslimah yang lain, bilakah waktu yang tepat (untuk masuk Islam). Mereka secara diplomatik menjawab bahawa tanda itu nanti akan datang dengan sendirinya. Mereka menyebutnya dengan hidayah Allah.”

Keluarga Tatiana berlatar belakang Kristen Katolik. Namun dia mengaku tak ada seorang pun yang membimbingnya belajar agama. Amalan dia sejak kecil seperti dia tak menganut agama apapun.

“Ibu memberikan kebebasan bagi saya untuk memilih keyakinan(agama) saya. Dia tak memaksa. Semua terserah saya. Keluarga saya tak pernah pergi ke gereja,” Namun Tatiana mengaku, di antara anggota keluarga yang lain dialah yang lebih “alim”. “Saya merasa Tuhan itu ada dan sangat dekat.”


Waktu berlalu dan semuanya berjalan biasa, tak ada kejutan yang memberi apa2 makna. Setiap hari Tatiana berdoa supaya Tuhan memberikan petunjuk kepadanya untuk jadi seorang Muslim.



DEBARAN YANG ANEH

Sesudah musim panas Tatiana menghabiskan waktu lapangnya di rumah nenek. Selepas tempoh itu tamat dia kembali ke rumah dan dia merasakan sesuatu yang lain dalam hati. Sesuatu yang amat istimewa itu hadir secara tiba-tiba. Spontan Tatiana teringat dengan kata-kata kawan Muslimahnya:”Satu ketika nanti kamu akan mendapat petunjuk dari-Nya.“

“Entah mengapa saya seperti seorang anak kecil yang baru mendapat sesuatu. Mendadak saya merasakan gairah yang hebat untuk segera menjadi seorang Muslim. Rasanya Tuhan sedang membimbing saya,” aku dia. Tatiana benar-benar ingin segera dekat dengan Yang Kuasa.

Dia percaya kebenaran telah datang. Allah telah kirimkan kepadanya. Tekad Tatiana sudah bulat. Dia tidak ragu-ragu lagi untuk memeluk Islam.

“Saya yakin pilihan saya benar. Jika Anda tanya kenapa, saya tak mampu menjawabnya. Tapi saya yakin dengan isyarat ini,”




BERSYAHADAH

Tatiana memberitahu rakan Muslimah yang pertama kali membimbingnya.

“Tak berapa lama saya pun bersyahadah. Rakan2 memeluk saya dengan penuh kasih sayang. Saya merasa seperti “orang baru” di dunia ini. Seperti dilahirkan kembali. Menurut Alquran semua dosa-dosa masa lalu dihapuskan. Seperti kain putih, tak ada dosa lagi. Saya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan baru ini,” kenangnya.


Pada awal keislamannya, dia semakin banyak bertanya terutama hal-hal aqidah. “Saya ingin tahu apa-apa sahaja, dari kosong. Sejujurnya, keinginan untuk belajar sedang menggelegak ketika itu. Islam benar-benar telah “membangunkan” kehidupan baru bagi saya. Saya ingin mendapat semua informasi, dari hukum-hukum hingga sejarah Islam dan bermaksud meneruskannya ke halaqah yang lain,” kata dia penuh obsesi.



"CONTENGAN" SOLAT

"Usaha saya yang pertama untuk solat sangat2 susah. Tapi semuanya benar-benar keluar dari hati, bukan paksaan,” kenang dia. Ketika baru pertama kali belajar, dia menulis semua tatacara solat di sehelai kertas. Begitu juga dengan ayat Alquran, ditulisnya di sehelai kertas. Jadi dia membaca “contengan“ di kertas tersebut sambil solat. Bukan main.

“Tahu tidak, dalam tiga minggu kemudian saya sudah biasa mengerjakan solat tanpa bantuan kertas itu lagi,” ujarnya senang.

“Saya selalu berdoa kepada Allah agar dimudahkan dalam belajar Islam. Islam agama yang sangat indah, “ kata dia lagi.


Di akhir penuturannya, dia berharap dapat terus dekat dengan Allah dan melakukan segala hal semata-mata karena perintah-Nya.

“Menghindari larangannya, lalu memperlihatkan dan memberi contoh budi pekerti yang baik kepada orang lain. Hanya dengan cara itu kita bisa tunjukkan Islam yang sebenarnya,”
tutupnya.
Moga2 kita yang sedia menjadi orang Islam akan menjadi lebih baik dari Tatiana ini dan kita bukan golongan yang "ditukar" oleh Allah s.w.t..

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?