-->

Monday, February 9, 2009

Bayi maut dibaham anjing peliharaan
CARDIFF: Seorang bayi berusia tiga bulan terbunuh selepas diserang dua anjing jenis Staffordshire Bull Terrier dan Jack Russel kepunyaan keluarga mangsa ketika dijaga neneknya di sini, semalam.

Bayi malang, Jaden Mack


Polis berkata punca sebenar kematian Jaden Mack belum disahkan tetapi bayi malang itu disyaki maut diserang dua anjing terbabit ketika tidur di tingkat bawah rumah neneknya Ystrad Mynach, kira-kira 19 kilometer di utara Cardiff.

Jiran melaporkan, mereka terdengar jeritan nenek Mack, Denise Wilson yang berlari ke jalan raya meminta pertolongan.

Mereka kemudian bergegas ke rumah Wilson untuk memberi bantuan dan menghalau anjing itu daripada bayi yang sudah parah kerana mengalami pendarahan teruk.

Mack dikejarkan ke Hospital Putera Charles di Metrhyr Tydfil, tetapi disahkan meninggal dunia.

Wilson turut dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat terkejut, tetapi dibenarkan keluar tidak lama kemudian. Polis mengesahkan pihaknya akan menyoal siasat wanita itu.

Kedua-dua anjing terbabit juga sudah dilupuskan.

Ibu bapa Mack, Alexandra dan Christopher Mack dikatakan keluar malam kelmarin dan membawa bayi mereka untuk dijaga neneknya, yang juga pemilik dua anjing itu.

Jiran mengesahkan pasangan itu memang biasa meninggalkan anak mereka di bawah jagaan Wilson sebelum ini.

Heather Organ, 47, berkata beliau menonton televisyen apabila terdengar jeritan seseorang.

"Ia seperti jeritan seorang yang ketakutan atau diserang. Saya keluar dan mengetuk pintu rumah sebelah.

"Sebaik pintu dibuka dua anjing berlari keluar. Saya tidak tahu apa yang berlaku dan mengangkat anjing Jack Russel tetapi menghalau seekor lagi ke jalan raya.

"Wilson keluar dan menjerit 'bayi sudah mati', 'dia sudah mati'. Saya tidak nampak darah pada anjing Jack Russel itu tetapi yang seekor lagi, saya tidak dapat katakan.

"Apabila saya masuk ke dalam rumah, nyata bayi itu sudah mati. Keadaannya memang mengerikan. Ia cedera teruk di leher," katanya.

Sementara itu, polis daerah Gwent berkata, pihaknya akan menyoal semua pihak yang mengetahui kejadian itu dari rumah ke rumah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengakui belum ada sebarang tangkapan dibuat. � Agensi

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?