-->

Wednesday, February 4, 2009

"BUNUH LAGI TIDAK MENGAPA OLMERT" KATA RABBI YAHUDI

Rabbi Israel berkata kepada Olmert, “ Tidak apa jika kamu bunuh berjuta rakyat Palestin.”


GAZA, —Satu laporan yang telah dikeluarkan oleh akhbar Saudi, “Al-Watan” pada hari Sabtu telah mendedahkan bahawa rabbi Yahudi dalam kerajaan Zionis telah mengeluarkan satu hokum atau “fatwa agama yang membenarkan pembunuhan wanita dan kanak-kanak Palestin.

Menurut akhbar berkenaan, rabbi-rabbi telah memfatwakan bahawa pembunuhan di Semenanjung Gaza oleh Israel itu salah satu tindakan yang selari dengan ajaran Yahudi dan merupakan “penghukuman kepada musuh-musuh.”

Akhbar tersebut menambah lagi, bahawa salah seorang dari rabbi-rabbi tersebut mengatakan tidak ada masalah langsung jika rakyat Palestin dibunuh walaupun sejuta mahupun lebih yang dibunuh oleh tentera penjajah.

Memetik bahagian dalam kitab Kebangkitan (Book of Genesis), Mordachi Elyaho seorang rabbi Yahudi, yang merupakan seorang tokoh agama Yahudi yang paling popular dalam entiti Zionis menyampaikan kepada Ehud Olmert satu risalah mingguan yang mengandungi sebuah artikel yang mengandungi pandangan yang membenarkan orang Yahudi untuk melakukan penghukuman(pembunuhan) secara besar-besaran keatas musuh berdasarkan etika peperangan dalam Torah, sepertimana yang dipetik.

“ Kaedah piawaian ini juga hendaklah diamalkan dalam kes Gaza sepertimana warga Gaza yang hidup di situ tidak mengambil berat untuk menghentikan penembakan roket oleh Briged Al-Qassam.” kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert memohon supaya tindakan militansi Israel terhadap Palestin diteruskan. Dia menambah bahawa membunuh orang yang Palestin yang tidak bersalah adalah perkara kecil.

Seorang lagi rabbi fanatic, Yesrael Rozin telah mengatakan bahawa hukum dalam kitab Torah termasuk membunuh lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi-bayi dan haiwan ternakan (musuh) menurut akhbar Al-Watan lagi.

Dalam bahagian berikut, Safad rabbi Sholomo Elyaho menggariskan bahawa, “ Jika kita bunuh 100 daripada mereka (rakyat Palestin) tetapi mereka enggan mengalah (melancar roket) maka kita mesti bunuh 1000, dan jika bunuh 1000 mereka tidak berhenti, maka kita bunuh 10000 dari mereka, dan kita mesti meneruskan pembunuhan walaupun mencecah angka satu juta dan memakan masa untuk membunuh mereka.”

Menurut rabbi tersebut, dia memetik bahagian Psalms yang mengatakan bahawa "I should continue chasing my enemies and arrest them, and I won't cease till I finish them completely."



SUMBER: PALESTINIAN INFROMATION CENTER
DITERJEMAH: SHEIKH UKM

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?