-->

Sunday, February 8, 2009

Jarum tertinggal dalam perut
KULIM - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi oleh seorang warga emas, Che Mas Mahmud, 79, apabila doktor mengesahkan terdapat sebatang jarum sepanjang kira-kira empat sentimeter (cm) yang tertinggal di bahagian abdomennya selepas menjalani pembedahan kira-kira empat tahun lalu.




CHE MAS bersama anaknya, Salleh menunjukkan salinan laporan polis dan imbasan x-ray.



Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Aping, Serdang, Bandar Baharu, di sini semalam kini terlantar dan tidak mampu bergerak banyak kerana terpaksa menahan sakit akibat tusukan jarum tersebut.

Anak Che Mas, Salleh Mohamad, 35, mendakwa kecuaian tersebut berpunca ketika ibunya menjalani pembedahan kedua bagi membuang barah usus di Hospital Taiping (HT), Perak.

"Bila disahkan menghidap barah usus, ibu saya menjalani pembedahan sebanyak dua kali di Hospital Taiping pada 2005.

"Selepas pembedahan kedua, keadaan ibu pulih sedikit dan dia masih mampu berjalan ketika itu,'' katanya.

Jelasnya, akibat kerap mengadu sakit di bahagian perut, ibunya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani pemeriksaan pada 20 Januari lalu.

Menurut beliau, doktor di hospital berkenaan mengesahkan terdapat sebarang jarum tertinggal di bahagian abdomen ibunya berdasarkan imbasan x-ray.



1 comments:

Anonymous said...

macam2 dugaan yang Allah beri pd setiap hambaNya

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?