-->

Sunday, February 8, 2009

'Geng Aboy' berkubur

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my

SEPANG - Hasrat sekumpulan empat anggota 'Geng Aboy' yang mahu melakukan samun di satu kawasan perumahan dekat Jalan Pulau Meranti, Dengkil di sini berkubur apabila kesemua mereka mati ditembak di sini kelmarin.


Anggota polis mengusung mayat salah seorang mayat ahli 'Geng Aboy' di Jalan Pulau Meranti, Dengkil semalam.




Kumpulan tersebut yang sememangnya dikehendaki polis ekoran mempunyai lebih 10 kes pecah rumah dan samun ditumpaskan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor pukul 12.15 tengah malam.

Difahamkan, kesemua suspek iaitu dua rakyat Indonesia dan dua lagi sedang disahkan kerakyatannya, mempunyai rekod jenayah.

Kegiatan jenayah mereka banyak dilaporkan berlaku di Lembah Klang termasuk di Negeri Sembilan dan Johor.
Sebahagian senjata yang ditemui daripada ahli 'Geng Aboy'.


Ahli kumpulan itu dikatakan telah aktif sejak enam bulan lalu.

'Geng Aboy' didakwa berbahaya kerana mengamal prinsip menyerang dan mencederakan mangsa mengguna parang sebelum menyamun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum ditembak, suspek-suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun yang menaiki sebuah kenderaan MPV jenis Naza Ria berwarna hitam pada mulanya telah diekori oleh polis selepas ia dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, ketika pemandu kenderaan itu diminta supaya berhenti, dia bertindak agresif dengan melanggar kereta peronda polis sebelum ia berhenti di satu kawasan berbukit.


1 comments:

Muslimahsolehah said...

Manusia merancang...Allah juga merancang..tapi perancangan Allah itu...melebihi segala2nya

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?