-->

Wednesday, February 4, 2009

KUWAIT SUDAH MULA BERUBAH HADAP...ALLAHUAKBAR !!!!

KUWAIT, —Sheikh Subah Al-Ahmad Al-Subah, Amir kerajaan Kuwait telah mengumumkan pada Ahad lepas bahawa kerajaan negara itu akan terus menyalurkan bantuan kewangan Dana Pembangunan Arab kepada kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan bukan kepada kelompok Fatah di bandar Ramallah.

Keputusan yang telah diambil oleh Amir Kuwaiti itu adalah selepas desakan penggubal undang-undang dan pemimpin masyarakat awam yang menyatakan rasa kebimbangan mereka bahawa dana yang disalurkan kepada kelompok Mahmoud Abbas di Ramallah akan menjadi satu pembaziran.

Keputusan ini telah disambut baik oleh ahli-ahli politik Kuwait dan mereka telah mendedahkan bahawa kelompok Ramallah berusaha keras untuk mendapatkan kewangan dan melakukan pembangunan akan tetapi bukan untuk disalurkan kepada kerajaan Palestin di Gaza.

“Majoriti ahli Parlimen menentang penyaluran kewangan walaupun satu sen kepada kelompok Mahmoud Abbas yang telah hilang kekuasaannya, malah dana kewangan itu akan mesti disalurkan kepada mereka yang mengorbankan darah dan diri mereka kerana Allah,” kata ahli Parlimen Kuwait, Naser Al-Sane’e.

Beliau juga menyeru kerajaan untuk mengikut jejak langkah Amir mereka, dan menyataka n bahawa “Parlimen menentang korupsi” , mereka memperoleh bukti-bukti berlakunya banyak korupsi yang dilakukan oleh kelompok Mahmoud Abbas itu.

“Kami memperoleh maklumat bahawa Kuwait tidak yakin dengan kejujuran kelompok Ramallah, tambahan pula kewangan tersebut tidak harus pergi kepada Abbas yang telah hilang mandat sebagai Presiden Palestin,” kata seorang lagi perwakilan Kuwait, Abdul Aziz Al-Shayji.

Rakyat Kuwait telah mengadakan demonstrasi besar-besaran sebagai bantahan terhadap Israel dan tanda sokongan kepada Hamas semasa kekejaman Israel yang berlaku ke atas Gaza yang bertahan selama 23 hari mengorbankan 1330 jiwa yang syahid , terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.


SUMBER : PALESTINIAN INFORMATION CENTER
DITERJEMAH : SHEIKH UKM

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?