BEBERAPA buah kereta musnah selepas terbakar di Kinglake, Australia semalam.
API membakar sebuah rumah dekat Kinglake semalam.
Marie berkata, lelaki itu tiba di rumah rakannya bersama-sama seorang bayi perempuan dengan memberitahu bahawa isteri dan seorang lagi anaknya maut dijilat api.
"Lelaki itu terbakar dengan amat teruk. kulitnya mengelupas manakala anak perempuannya turut cedera tetapi tidak seteruk bapanya.
"Dia berjalan menghampiri saya dan memberitahu, saya kehilangan isteri dan seorang lagi anak saya, saya hanya mahu anda menyelamatkan anak perempuan saya," kata wanita itu.
Kebakaran itu yang diburukkan dengan angin kencang menyebabkan suhu mencecah 46 darjah Celsius di bandar Victoria dan sekitarnya.
Kebakaran hutan itu menjadikan bandar Healesville menjadi padang jarak padang terkukur mankala sebahagian besar bandar Kinglake turut musnah.
Sejumlah rumah, stesen petrol dan sekolah turut hangus dijilat api.
"Api dari neraka mengunjungi penduduk Victoria," kata Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd ketika melawat kawasan terbakar semalam.
Menurutnya, sebanyak 3,000 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api manakala kerajaan akan menyalurkan bantuan kecemasan awal berjumlah AS$7 juta (RM25 juta).
Beberapa saksi menggambarkan pokok-pokok meletup dan angkasa dipenuhi dengan abu.
"Ia adalah hujan api," kata seorang penduduk.
"Kami hanya memerhatikan rumah kami terbakar selama satu jam," tambahnya. - AP
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan