-->

Monday, February 9, 2009

Menggunakan search engine
Rencana ini [sepatutnya] dibahagikan kepada empat bahagian. Ini adalah bahagian satu dan dua.
  1. Mengenali jenis-jenis search engine
  2. Bagaimana cara menggunakan search engine
  3. Untuk webmaster : search engine untuk site anda
  4. Untuk webmaster - bagaimana submit web site anda ke search engine


Bagaimana menggunakan search engine - Searching the web
Perkara asas yang kita perlu tahu tentang search engine ialah bagaimana search engine membuat index dan memaparkan ringkasan laman web dalam carian mereka.
Semua search engine akan mengindex TITLE sesebuah page tetapi ringkasan page tersebut menggunakan pendekatan berbeza. TITLE yang relevan dengan keyword yang dicari akan mendapat hit tinggi.

Ada search engine memberi keutamaan kepada META NAME="Description". Jika tiada ia akan mengindex 100 ayat yang pertama dari page tersebut. Jika menggunakan table, search engine akan membaca dari kiri ke kanan mengikut susunan table tersebut.

Ada yang tidak peduli langsung kepada meta name sebaliknya terus mengambil 100 ayat yang pertama.

Ada juga yang mengindex meta name disamping memberikan keyword yang dicari tersebut - macam google.

Ada yang tidak suka dengan frame. Samada ia tidak mengindex langsung atau memberikan ringkasan page tersebut sebagai "this page use frame but your browser not support them.".



Mana search engine yang bagus ?
Setiap search engine mempunyai kelebihan tersendiri berbanding saingannya. Ini kerana setiap mereka mempunyai cara tersendiri dalam mengindex database mereka.
Search engine yang bagus bergantung kepada

  1. Bagaimana anda tahu mengexplotasi search engine tersebut
  2. Database yang besar, sering di update & terkini
  3. kurang spam - memberikan carian yang tidak relevan
  4. Faham apa yang anda mahu cari - mempunyai kepintaran buatan.


Berikut adalah beberapa search engine utama yang disusun tidak mengikut susunan.



1. Altavista

Altavista dihasilkan oleh Digital Corp yang terkenal dengan komputer berkuasa tinggi menggunakan jenama DEC. Sekarang dimiliki oleh Compaq. Pada awalnya ia menggunakan url http://www.altavista.digital.com

Bagaimanapun ramai yang tidak berjumpa laman Altavista kerana telah tersesat dalam carian mereka mencari injin carian bernama Altavista. Sekarang menggunakan url altavista.com setelah Compaq membayar sejumlah wang yang banyak kepada pemilik domain Altavista.com.

Kelebihan Altavista terletak kepada carian lebih maju (Advanced search). Itupun jika anda tahu menggunakan boolean operators AND,OR,(),NOT,NEAR,",*. Kalau anda menggunakan carian ringkas, Altavista akan spam anda dengan keputusan yang tidak relevan.

RAGING adalah adik kepada Altavista.

Ragging : http://ragingsearch.altavista.com/cgi-bin/query
Altavista : http://altavista.skali.com.my
Compaq : http://compaq.com
Anti Compaq : http://compaqsucks.com





2. Yahoo!

Yahoo! adalah index directory. Asalnya ia hanyalah koleksi link peribadi oleh pemilik Yahoo! Jerry Yang dan rakan. Ia juga merupakan web portal yang utama dalam internet. Yahoo! akan membuat carian dalam database mereka dan jika tidak berjumpa Yahoo! akan menggunakan database Google. Sebelum ini Yahoo! menggunakan perkhidmatan Altavista (97) sebelum berpindah kepada Inktomi (98) dan Google (00).

Kelebihan Yahoo! ialah semua web master mahupun web site mereka disenaraikan dalam index Yahoo!.





3. Google

Google muncul dalam tahun 1998 semasa hampir semua search engine utama dijangkiti penyakit portal. Ia adalah projek dua rakan dari Universiti Stanford dalam membina search engine yang mudah diguna dan pintar memberi carian yang pengguna inginkan. Ia menggunakan pendekatan 'lagi banyak link ke web site tersebut dari web site lain yang bagus maknanya web site ini pun bagus juga'.

Kelebihan utama Google ialah mudah diguna, layout ringkas, laju, boleh mengagak apa yang pengguna mahu cari, index file PDF, mempunyai CACHE page (berguna untuk mencari web site yang sudah hilang), dan banyak lagilah.

Google kini merupakan search engine yang utama. Databasenya juga dikongsi sama dengan search engine lain seperti Yahoo!. Bila menggunakan Google sentiasa gunakan carian lebih maju supaya anda mendapat 100 hit setiap keputusan carian.

Kisah google : http://www-db.stanford.edu/pub/voy/museum/google.htm
Carian Lebih Maju : http://www.google.com/advanced_search?hl=ms





4. Hot Bot

Hot Bot berasal dari percubaan pendidikan di University of California. Ia mengkhususkan web page yang berkisar sekitar teknologi - dululah. Kini dimiliki oleh Lycos. Menggunakan perkhidmatan Inktomi. Hotbot Spider bernama Slurp.

Hasil carian dari Hot Bot serupa dengan GoTo, Lycos, MSN, AOL, Snap (nbci) ... kerana semuanya menggunakan index dari inktomi. Kelebihan Hot Bot adalah text search dan ciri-ciri dalam carian lebih majunya.

Hot Bot : http://hotbot.com atau http://hotbot.lycos.com/text/




5. Lycos

Lycos dihasilkan di Carnegie Mellon University pada may 1994. Antara search engine yang tertua. Mudah digunakan. Jika web site anda di tripod.com, Lycos akan dapat menjumpainya walaupun anda cuma main-main saja buat web site tersebut dan tidak pernah submit ke mana-mana search engine.

Lycos : http://lycos.com/




6. Excite

Excite bermula seawal tahun 1993. Alamat web yang pendek mendapat kedudukan yang tinggi.

Excite : http://excite.com



7. Alltheweb (FAST search)

Search engine dari Eropah. FAST betul-betul fast. Gunakan carian lebih maju untuk mencari (menapis) web page dalam bahasa tertentu dan tingkatkan keputusan kepada 100 hit setiap muka.

FAST : http://www.alltheweb.com/cgi-bin/advsearch




8. Search atas search

Tak tahu menggunakan search engine yang mana satu ? Anda boleh menggunakan search atas search. Ia adalah search engine yang menghantar carian anda kepada search engine lain.

Carian Ikhlas : http://cari.ikhlas.com/search/search/Search
DogFile : http://www.dogpile.com/
QuickSearch : http://www.winscope.com/

Sebetulnya anda boleh membuat sendiri search atas search ini menggunakan script perl atau php. Untuk kegunaan sendiri mungkin boleh tapi untuk komersial anda perlu membayar sejumlah wang yang banyak kepada setiap search engine yang anda mahu gunakan.




9. Search engine software

Menggunakan software yang perlu diinstall dahulu. Software ini akan menghantar carian kepada search engine tertentu, menapis dan memberikan hasil samada pada software itu atau pada web browser.





10. FTP Search

Berguna bagi mencari software tertentu atau sesuatu file misalnya xyz.dll

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?