-->

Saturday, May 30, 2009

betul ke kejujuran benteng kasih sayang???
Mengapa mesti berbohong?

Ramai di kalangan kita suka berbicara tentang pembohongan. Ada yang mengkategorikan pembohongan sebagai satu keperluan, lantas menamakannya sebagai tipu sunat . Pada mereka, pembohongan ini dibenarkan jika mereka ingin menutup kekurangan atau menyembunyikan rahsia demi menjaga hati insan-insan yang lain. Biar apa pun alasannya, matlamat itu tidak sesekali menghalalkan cara yang mereka gunakan. Biarpun kecil, pembohongan tetap satu jenayah tetap bergelar satu pengkhianatan ke atas prinsip kemanusiaan.
Jujurlah biarpun ianya pahit.

Penipuan atau pembohongan adalah satu perbuatan untuk mewajarkan tindakan yang tidak direstui. Menutup rahsia dan kekurangan peribadi merupakan alasan yang paling dominan digunakan untuk tidak berlaku jujur. Seorang lelaki misalnya, menipu tentang kerjaya dan peribadinya semata-mata untuk memikat seorang gadis. Dan seorang gadis pula menipu untuk menyembunyikan kekurangan yang ada pada dirinya. Sebuah cerita rekaan dicipta untuk memulakan sebuah penipuan yang kecil hanya dengan tujuan menyembunyikan rahsia dan kekurangan. Tanpa disedari, satu penipuan itu sentiasa memerlukan penipuan demi penipuan yang lain agar rahsia tidak akan sesekali terbongkar. Dan akhirnya, hidup mereka ini akan dipenuhi dengan ketidakjujuran semata-mata, hingga akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri.

Pembohongan hanya akan mengotorkan hati. Biarpun dengan niat yang baik, Islam tetap mengharamkannya dalam kehidupan. Malah, hukum menetapkan, menipu sebagai salah satu perbuatan orang-orang yang munafik. Dalam ajaran Islam, sekali menipu beerti kita menjejakkan selangkah tapak untuk mendekatkan kita dengan neraka. Dan Baginda Rasullullah
s.a.w pernah bersabda, berbohong akan mengurangkan rezeki .



Tidak akan ada salahnya jika kita berkata benar. Kebenaran adalah asas kepada sebuah kejujuran. Seandainya pembohongan atau penipuan mampu tersimpan selamanya, mungkin kita akan terselamat. Namun, seandainya penipuan terbongkar, bukankah kredibiliti kita sendiri yang akan dipertikaikan? Kejujuran mampu membuat orang lain meletakkan kepercayaan kepada kita. Namun apabila sekali kepercayaan itu dikhianati, mampukah kita merebut kepercayaan itu buat kedua kali? Seandainya mampu sekalipun, pasti kepercayaan kali kedua itu akan disertai dengan syak dan ragu. Mahukah kita hidup dalam syak wasangka sepanjang masa? Mahukah kita hidup dalam keadaan orang lain sukar mempercayai apa yang kita katakan? Bukankah terbukti di sini, kejujuran adalah asas kebahagiaan dan ketenangan jiwa?

Kejujuran mampu membuat manusia terhindar daripada melakukan kejahatan. Suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda yang ingin menghapuskan sikapnya yang suka berjudi dan minum arak. Pemuda tersebut telah datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya hanya meminta pemuda itu berlaku jujur. Setiap Jumaat, pemuda itu menghadap Rasulullah s.a.w untuk melaporkan apa yang dibuatnya sepanjang minggu tanpa menipu. Akibat malu menceritakan dengan jujur kepada Rasulullah tentang perbuatannya yang suka berjudi dan minum arak itu, akhirnya pemuda itu berjaya meninggalkan tabiat-tabiat buruk tersebut, lalu berubah menjadi seorang pemuda yang baik laku hanya kerana ingin berlaku jujur.


Kejujuran benteng kasih sayang

Di mana-mana di dunia ini, kasih sayang adalah nadi kehidupan. Kasih sayang yang teguh adalah kasih sayang yang terbina di atas landasan kejujuran dan keikhlasan. Bahagialah hidup insan yang mampu mempertahankan kebahagiaan dan kasih sayangnya dengan kejujuran. Ingatlah, penipuan takkan selamanya mampu kita selindungkan. Satu masa, ia akan terbongkar juga. Dan di saat itu, kasih sayang yang terbina di antara si penipu dengan mangsanya pasti akan berkubur di kaki sejarah. Syak wasangka akan mula sentiasa merajai hati. Berlaku jujurlah pada semua insan di sekeliling kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang terbina, kekal menjadi milik kita hingga ke akhir nanti.

6 comments:

MaRyAm DzuLkifLi said...

prinsip hidup mrym jujur....sape2 yg tipu mrym , siap la~hehehee~

yuszas said...

haha .. mcam tu plak yer ... siap la tu .. mcm mana .. nak maafkan ke atau nak berdendam?

MaRyAm DzuLkifLi said...

maafkan la~mrym anti berdendam~xmampu~kalo x hati xtenang~nanti keje acek nanges je~so baik maafkan je~hehee~tp siap la nnt xjujur mrym ngamuk 360 darjah~cmne tu ehh??mrym pon xtau~~hehehhehhehehehhehee~xde la...kalo pompuan xjujur,mrym akan cr sebab kenape die perlu xjujur....kalo xjujur tu lebih baik mrym xkisah....tp kalo laki xjujur ngan mrym mmg kne la~sbb laki xpandai tipu org pmpn~kn kn~heheheee~

yuszas said...

erk ... laki xpandai tipu pompuan yer ..? heheh .. betul kot .. rajin maryan komen kat blog ana yer ..tq2 .. rasa happy lak ... balik rumah jer .. ada mesej .. hehe

MaRyAm DzuLkifLi said...

hahaaa tuh saje bodek nak org komen lg aa tuh~jujur ke ni?~was2 plak~neway~moga dpt result yg cun~org plak exam rbu n jumat nih~pastu fly blk msia~jgn jeles~ekekeekeee~

yuszas said...

eleh .. setakat indon tu .. ari2 leh balik ..kehkeh .. xjeles la

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?