-->

Sunday, May 31, 2009

bukan salah exam aku jadi sakit...
bismillah ..
ari ni aku exam ... entah la..bagi aku semakin hari berlalu semakin aku membenci exam .. sedangkan hari2 yang aku lalui , aku sentiasa diuji .. cukup dengan apa yang berlaku hari ini. Kiranya musykilah hari ini untuk menguatkan iman aku, aku pohon agar iman aku bertambah teguh ... kiranya kegundahan hari ini sebagai kafarah dosa2ku ... aku pohon dan berharap kepada-Nya agar dosa-dosaku diampunkan ...



pagi tadi lebih kurang jam 9..kawan aku kejut ... sbb aku ada exam ari ni.. yang peliknya aku x takut langsung.. aku relaks je .. bukan relaks aku bermaksud aku sudah bersedia malahan aku langsung tidak bersedia .. maybe aku masih terganggu dgn beberapa perkara sebelum ni..

lepas aku bangun dan mandi .. aku digusarkan dengan kernih(kad pelajar) aku .. hilang plak .. ops . xhilang cma aku terlpa kat mana aku letak .. ketika ini sedikit kegusara timbul dihati aku ..


dalam stgh jam ... aku temui kernih ... aku turun dengan selamba dan kemudian ke Azhar .. aku pergi azhar.. berwudhuk kemudian solat 2rakaat ... kemudian aku terus rasa keliru ... rasa seperti terjaga dari tidur.. pening terasa .. mata aku memandang kesegenap pelusuk masjid .. semua sedang mengulangkaji .. agak lama aku terpaku .. entah kenapa aku mula rasa gusar dan takut untuk menghadapi imtihan ini.

Aku membelek kitab sekerap rutinku... cuma mengagak tajuk yang bakal keluar ... xsampai 5 minit aku rasa mengantuk dan tertidur .. mungkin kerana kesan penng aku td, aku nyenyak tidur hingga la semua orang siap untuk solat zohor.

selepas solat, aku rasa seperti diawangan .. pening ... aku duduk di dalam dewan.. menanti apa jua cabar ... muraqqib datang berbekalkan soalan .. aku melihat satu-persatu .. ya... ternyata soalan kali ini betul2 membuatkan aku jadi separuh gila..

Aku buat mana yang mampu kemudian aku keluar dari dewan ... dengan hasrat ingin pulang terus kerumah dengan teksi ... hasrat tu terkubur apabila aku berkejar menaiki bas .. waduh .. penatnya .. kena berdiri .. akud ah la tengah pening ... bas pulak lambat .. zahmah .. huhu...

aku sabarkan hati dan akhirnya sampai juga dirumah .. sampai dirumah ... aku terus terlena ... pening sgt .. aku xtau sebab apa .. lepas sahaja aku solat sunat td..sampai sekarang aku berterusan menjadi pening ... bangun dari tidur, aku masih pening.. dan makin kuat peningnya..

teringat pula pada blog .. nak je aku mengadu dalam blog ni aku pening kepala ... hoho~ aku dapat banyak mesej n komen maryam .. rajin tol dia datang blog aku ... :)terima kasih..

dalam masa yang sama aku bukak ym ... hehe .. dapat kawan baru.. dia soh panggil eman ... kawan blog jugak .. tp kesian dia aku xleh tumpukan perbualan sbb pening sgt ... hoho .. dah la .. xlarat nak tulis ..


actually point aku arini sekadar nak menasihati dan mengingati diri sendiri.. manusia perlukan persediaan walau apa pun yang bakal kita hadapi ... kegusaran dan ketakutan pada sesuatu perkara bukan lah sesuatu yang memalukan malah perasaan itu sebenarnya mengajar kita berani dan bersedia menghadapi apa juga perkara yang bakal berlaku ..



aku terima begitu banyak pengajaran dalam hidup aku tetapi selalu sahaja salah menafsir... kini bagi aku,aku perlu membina rentak kehidupan yang baru apabila aku cukup kuat menghadapinya ... mungkin bukan sekarang, tapi hari itu pasti datang.

bagi aku, perubahan itu perlukan masa yang perlahan dan istiqamah agar kita tidak mudah tergugat. Perubahan yang aku maksudkan bukanlah perubahan dari segi mentaati Allah dan rasul-Nya, perubahan itu tidak perlu tunggu masa ikhlas dan bersedia kerana mentaati Allah dan rasul-Nya adalah wajib dan kita wajib memaksa diri kita melakukannya ..

cuma disini perubahan dari segi akhlak dan istiqamah dalam mencari ilmu dan keredhaan Allah itu yang penting...

~ pening .. xleh nak sambung ... ~ salam ...

2 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?