
Segenap hidup kita, kita sering melihat kegagalan dan kejayaan orang lain lantas kita turut berkeinginan untuk mengolah langkah kita yang sumbang agar turut serasi dengan langkah kejayaan yang mereka capai.
Kadangkala dalam hidup ini kita perlu merasai kegagalan untuk terus matang dalam meneliti perjalanan hidup. Mungkin juga mereka yang selalu menempuh kegagalan itu akan lebih matang daripada mereka yang selalu bertuah dalam beroleh kejayaan.
Cukup sekadar membawa diri kita berkejaran mencari apa itu erti kehidupan yang sebenar dengan landasan keimanan dan kekuatan pegangan tauhid kepada Allah dalam menyusun langkah menyurusi hidup ini. Berfikir untuk berjaya selalu bukan langkah yang cerdik tetapi berfikir untuk belajar dari kesilapan dan berhati-hati membuat keputusan, itulah jawapan yang terbaik.
Dalam konteks percampuran antara kegagalan dan kejayaan , disana ada hubungan yang sangat rapat dengan kematangan individu berfikir . Allah seringkali mentarbiah kita degan keuda2 hal ini di mana majoriti manusia jagatraya ini kerap melupakan Allah apabila berjaya dan hanya mengingati-Nya apabila dalam kebutuan.

Kita semua sama sahaja. Yang membezakan iman dan taqwa kepada Allah. Kalau kita sedar, setiap helai nafas kita, Allah sedang menguji sejauh mana ingatan kita kepada-Nya. Jangan sampai kita sombong dalam menyatakan keteguhan peribadi kita tanpa kehadiran-Nya. Cukup dengan melihat manusia-manusia popular zaman ini yang dengan mudah mempertikaikan suruhan Allah dengan membanding bezakan keikhlasan hati.
Aku sungguh panas dan berapi apabila ada sahaja mulut yang menyatakan pendapat dan lebih tepat jawapan seperti orang yang tidak berilmu. Adakah suruhan yang wajib itu perlu dilakukan hanya apabila hati ikhlas??? adakah itu syarat sah mengamalkan hukum wajib ?/ terang-terangan tidak.

Arahan Allah, mudah sahaja dibentengkan dengan alasan mendambakan keikhlasan hati.. bagaimana pula arahan manusia yang tidak mampu hidup dengan helai nafas yang Allah berikan?
CUkuplah sekadar meneliti hidup kita hari ini. Aku dengan cara aku. Kamu dengan cara kamu .. asalkan kita sama-sama menuju jalan yang satu dan tidak melencong ... insya-Allah kita satuperjuangan dan satu jalan . Berubahlah sementara masih ada waktu .
writer : admin
4 comments:
sesetengah orang yang xde kesedaran..
salam tuan.
N3 yang menarik.konten dan konteknya amat tepat.
kerana siapalah kita - seandainya ruang dan media ini tidak dipergunakan sebaiknya.
dan N3 ini - cukup untuk menjadikan saya dan kita kembali berfikir - usaha mendidik QALBU bukan mudah.....
insyallah saya terus berurusan dengan tuan.
terima kasih kerana mempercayai pemikiran saya .. :)
salam saudara yus~
senyap jer.sihat? marah?;p
yerp,ALLAH is everything:)
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan