-->

Tuesday, June 2, 2009

kita suka lupakan Allah
bismillah ...
Segenap hidup kita, kita sering melihat kegagalan dan kejayaan orang lain lantas kita turut berkeinginan untuk mengolah langkah kita yang sumbang agar turut serasi dengan langkah kejayaan yang mereka capai.

Kadangkala dalam hidup ini kita perlu merasai kegagalan untuk terus matang dalam meneliti perjalanan hidup. Mungkin juga mereka yang selalu menempuh kegagalan itu akan lebih matang daripada mereka yang selalu bertuah dalam beroleh kejayaan.




Cukup sekadar membawa diri kita berkejaran mencari apa itu erti kehidupan yang sebenar dengan landasan keimanan dan kekuatan pegangan tauhid kepada Allah dalam menyusun langkah menyurusi hidup ini. Berfikir untuk berjaya selalu bukan langkah yang cerdik tetapi berfikir untuk belajar dari kesilapan dan berhati-hati membuat keputusan, itulah jawapan yang terbaik.

Dalam konteks percampuran antara kegagalan dan kejayaan , disana ada hubungan yang sangat rapat dengan kematangan individu berfikir . Allah seringkali mentarbiah kita degan keuda2 hal ini di mana majoriti manusia jagatraya ini kerap melupakan Allah apabila berjaya dan hanya mengingati-Nya apabila dalam kebutuan.



Begitu jugak aku yang seringkali bersikap sedemikian. Tatkala datangnya cabaran dan dugaan yang x mampu aku hadapi , aku merintih dihadapan Allah.. tetapi apabila aku berjaya, ALlah itu hilang dari fikiran. Bukan maksud aku untuk meluahkan apa yang terpendam dihati ini melalui artikel yang ditulis, tetapi cukup sekadar menjadi pedoman dan perkongsian bersama.

Kita semua sama sahaja. Yang membezakan iman dan taqwa kepada Allah. Kalau kita sedar, setiap helai nafas kita, Allah sedang menguji sejauh mana ingatan kita kepada-Nya. Jangan sampai kita sombong dalam menyatakan keteguhan peribadi kita tanpa kehadiran-Nya. Cukup dengan melihat manusia-manusia popular zaman ini yang dengan mudah mempertikaikan suruhan Allah dengan membanding bezakan keikhlasan hati.

Aku sungguh panas dan berapi apabila ada sahaja mulut yang menyatakan pendapat dan lebih tepat jawapan seperti orang yang tidak berilmu. Adakah suruhan yang wajib itu perlu dilakukan hanya apabila hati ikhlas??? adakah itu syarat sah mengamalkan hukum wajib ?/ terang-terangan tidak.

Boleh pula mereka katakan, arahan pengarah itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab yg perlu mereka tunaikan. Mendedah aurat.. berlagak seksi ... adakah semua itu ikhlas ? xdapat azab nerakakah mereka?

Arahan Allah, mudah sahaja dibentengkan dengan alasan mendambakan keikhlasan hati.. bagaimana pula arahan manusia yang tidak mampu hidup dengan helai nafas yang Allah berikan?

CUkuplah sekadar meneliti hidup kita hari ini. Aku dengan cara aku. Kamu dengan cara kamu .. asalkan kita sama-sama menuju jalan yang satu dan tidak melencong ... insya-Allah kita satuperjuangan dan satu jalan . Berubahlah sementara masih ada waktu .

writer : admin


4 comments:

Anonymous said...

sesetengah orang yang xde kesedaran..

Unknown said...

salam tuan.

N3 yang menarik.konten dan konteknya amat tepat.
kerana siapalah kita - seandainya ruang dan media ini tidak dipergunakan sebaiknya.

dan N3 ini - cukup untuk menjadikan saya dan kita kembali berfikir - usaha mendidik QALBU bukan mudah.....

insyallah saya terus berurusan dengan tuan.

yusri zahir said...

terima kasih kerana mempercayai pemikiran saya .. :)

Anem Arnamee said...

salam saudara yus~

senyap jer.sihat? marah?;p

yerp,ALLAH is everything:)

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?