-->

Monday, October 19, 2009

kudrat zero akal hero
bismillah ...
dengan nama Allah yang menguasai setiap titisan darah dalam diriku, sejuta harapan dan doa agar esok kembali bertenaga.

Kudrat ... tenaga ... kemampuan dan kekuatan yang ada dalam diri kita sebenarnya merupakan aset yang kita pinjam untuk membangun dan mengumpulkan saham-saham akhirat agar kelak timbangan kita berat pada timbangan keimanan.

Sekadar bercoret dan mengisahkan sebuah perjalanan yang sebenarnya telah dilalui oleh berjuta masyaikh dan pencinta ilmu suci ini. Kudrat manusia itu sama pada timbangan yang Allah pinjamkan cumanya kearah mana yang kita sumbangkan.

Azhari dan azhariah mempunyai 2 pilihan muktamad untuk hadaf itu. Kudrat itu untuk apa? dulunya, aku pernah didatangi seorang senior yang memperingati aku bahawasanya disini, di bumi anbiya .. misr ini .. kita akan menerima apa yang kita hajatkan. Kiranya aku ingin mencapai cita-cita sebagai peraih mata kewangan, maka aku bakal menemuinya. Sekiranya aku hadir disini mencari cinta untuk dimiliki, pasti aku memilikinya. Sekiranya aku mendiami bumi suci ini untuk sekadar bermewah dan merehatkan diri, aku bakal berasai kelapangan itu. .. tetapi sekiranya aku hadir dengan segenggam keinginan yang besar dan tinggi agar ilmu Allah itu dapat aku simpulkan dalam setiap detik dan titisan peluh hidupku, maka aku pasti merasai nikmat kepenatan menyusuri jalannya.

Kudrat , aset ini sebenarnya bakal ditambah dan dinaiktaraf oleh maha pencipta dunia dan akhirat sekiranya kita sebagai hambanya menggunakan aset ini pada jalan yang diredhaiNya. Keletihan itu satu kepastian tetapi keletihan apakah yang lebih kita harapkan samada keletihan yang aku ertikan sebagai 'kudrat zero akal hero' atau sebaliknya? apakah maksud matan aku itu? .. hanya sekadar kiasan untuk mereka yang berfikir.

Keletihan seharian berjalan pastinya memakan sisa2 tenaga yang kita miliki tetapi kekuatan, tenaga itu pastinya sia-sia sekiranya kita habiskan pada perkara yang tiada manfaat untuk kita manakala besar nikmatnya sekiranya aset tenaga ini kita habiskan untuk mencari ilmu Allah dan redhanya.

Aku seringkali menghadirkan dalam hati bahawasanya diri ini perlu keluar dari rumah seawal mungkin dan pulang selewat mungkin tapi apakan daya mungkin syaitan yang berada didalam setiap titisan darahku ini menguasai nadi pemikiran dan nafsu agar kekal dalam kemalasan yang nyata.

Bukan ertiku ingin menyalahkan mereka atas tugas azali mereka itu tetapi aku sebenarnya menyesali sikap aku yang sebelum ini membiarkan mereka membiak pesat didalam darahku tanpa berfikir sesungguhnya akan hadir suatu penyesalan dihatiku satu hari nanti.

Aku azhari dan aku perlu sedar dari lamunan tidur dan angan2 yang membuta tuli bahawasanya aku perlu menyediakan diriku sebaik mungkin kerana masyarakat Islam di Malaysia kekurangan alat untuk berperang dan mempertahankan agama Allah yang suci. Aku mulia kerana menegakkan Islam dan aku hina kerana melambatkan perjuangan Islam. Istilah yang sering aku terfikir-fikir tetapi masih tidak berhasrat untuk merealisasikan.

Tatkala menyandung sebuah pengharapan yang tidak pasti, aku dihentak sebuah kekuatan untuk mengabadikan pengharapan itu. Terima kasih untukNya. Semoga hati ini sentiasa memiliki kekuatan ini dan selama-lamanya tidak akan berkurang. Wassalam .

2 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?