Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahimi.....Dah lama sangat rasanya aku x update blog ni. Tak pasti masalahnya hanya cuma mampu biarkan blog ni usang tanpa coretan. Last artikel masa tahun 2010 bulan 10..lama sgt dah tu..dah hampir 2 tahun..
Sebenarnya, aku dapat rasakan..aku ni dah semakin jauh dari nasihat.. ( addinu an-Nasihah ) .. agama itu adalah peringatan.. hilangnya Qiamullail aku,... kurangnya hafazan aku,... extremenya hidup aku ... semuanya semakin jauh dari nasihat.
Setahun lebih aku hilang rasa ingin dinasihati dan jarang aku menasihati diri sendiri tapi semenjak 2 -3 bulan yang lepas, hati aku seperti dijentik. Walau dijentik, tetap tidak berganjak.. kerasnya hati ni.................. :(
Sekeras-keras batu, akhirnya akur dengan kelembutan air.... itukah hati kita? yang hanya akan lembut dengan titisanair mata..?
Kepada semua yang aku kenali, aku memohon kemaafan diatas keterlanjuran perilaku aku yang sengat menghampakan..aku sangat mengharapkan kemaafan semua.. pagi ini , aku cuma terasa bagai ingin bergerak..terkesan oleh jentikan pada sang hati..yg sekian lama membatu dalam jiwa hingga iman tidak terasa...
Segalanya dari diri sendiri yang semakin lupa bahawa hati ini perlu dijaga ... Persekitaran mengajar, Syaitan menghasut, Nafsu memujuk...tapi x sekalipun ilmu aku mendidik persekitaran, iman aku menjaga hasutan, dan amal aku meredakan pujukan,...
entahlah kemana lagi akan aku pergi..jauh mana lagi akan aku menyimpang .. cuma hati ini yang tahu... semoga, DIA mengampunkan aku dari segala cela dan hina diri ini yang bernama manusia.
Andai esok ajal aku, apa yang boleh kupersembahkan kepada-MU...?? :( .. Tak perlu ditimbang dengan mizan-Mu tetapi cukup bagi aku mengira-ngira amalanku yang boleh dihitung anak kecil...
2 comments:
tahniah berjaya kembali..
terimas .. hehehe
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan