Sahabatku
Saturday, June 18, 2011
Dunia ilmu penuh dengan kenikmatan dan kesenangan. Kesenangan yang lahir dari hati . Kesenangan yang tidak akan dipincangkan oleh kepayahan dan kesusahan mengejar ilmu. Sangat kontra kepada kepayahan dan kesusahan mengejar harta dan kemewahan sehingga menjadi seorang yang berdendam. Jangan manjakan diri untuk mengejar ilmu kerana ilmu tidak suka kepad yang manja.
Hanya sedikit kelemahan pengurusan yang menyebabkan perubahan intelek dan pemikiran telah menyebabkan kononnya para pencari ilmu ini berubah menjadi ' penegak keadilan'. Walhal tiada dalam sebaris kata mengahlang mereka mengejar ilmu dan tidak pula si ' pengejar ilmu ' ilmu itu bersuara menegakkan agama dan ilmu yang mereka kejar. Tidak jauh hanya menegakkan hak yang sepatutnya tidak perlu dibesar-besarkan. atau kata mudah, itu bukanlah hak mereka.
Hidup mencari ilmu ini tiada istilah mudah dan payah. Tanpa kepayahan kita tidak akan menghargai ilmu. Sesudah si manja 'pecari ilmu' terima ijazah, kemudian bekerja dan berkahwin. Ilmu itu hanya akan jadi pekasam dalam lipatan manakala pada golongan pencari ilmu yang melalui onak ranjau akan terus mencari ilmu dan tidak akan pernah merungut hanya sehingga matlamatnya dicabuli iaitu dihalang untuk mencari ILMU dan bukan dihalang PTPTN nya. Tanpa PTPTN kita masih boleh mengejar ilmu. Cukup sudah untuk melihat sahabat kita diperantauan.
Aku pernah mengenali seorang rakan yang menuntut ilmu dengan keberkatan tanah milik keluarganya yang digadaikan hanya untuk mencari keberkatan ilmu dan tidak pernah sesekali aku mendengar luahan ras tidak puas hati terhadap golonganyang tidak memberikannya pinjaman.
Dimana kita yang sering mengherdik orang yang ingin menyampaikan bantuan yang kononnya itu HAK kita..!!!!! Kelemahan bukan sesuatu untuk diherdik dan dimalukan teapi itu adalah sesuatu yang perlu dibaiki. Bukan mudah membaiki kesilapan dalam diam tetapi tidak senang untuk membaiki kesilapan ketika orang memaki dan menghina. Berat menanggung telinga yang bernanah, berat juga memikul tanggungjawab yang tidak pernah selesai di tambah juga kelemahan yang perlu dibaiki. Banyak ranjau dan duri. Fikirkanlah............................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan