artikel yang agak menarik

Feb/25

akal 'veteran'..hebat x?

Monday, February 25, 2008
salam sahabat..malam ni rasa letih lak...xtau la kenapa...maybe banyak tido...huhu...rancang nak gunting rambut ari ni..tapi x potong2 gak..ishk2....bak kata kawan saya yang banyak celoteh...rambut saya dah macam cangkul...ada plak mcm tu...
Oct/10

Hargai apa yang ada

Sunday, October 10, 2010
Semalam keluar pergi jalan2 dengan kawan.. dah lama x berjalan. sebelum balik Malaysia, teringin nak kuar berjalan n kenal dengan seseorang. Alhamdulillah, dah berjalan n berkenalan..sekarang dah puas.. kepala pon dah ringan sbb 1 urusan dah selesai.
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Banyaknya sawang ... ><,
Assalamualaikum ...
dah berkurun x nasihat diri sendiri . Agak lama jugak . Hampir 3 tahun . Myb ni jugak antara sebab nafsu makin liar . hurm , nak salahkan siapa kalau diri jadi orang x berguna kalau diri sendiri yang dah salah pilih jalan ..
Kecewa kali ke2  ...
mm.....kali ni betul2 pedih ...
macam2 perasangka bermain dalam fikiran .. tp.. itu lah .. siapa yang nak di salahkan ... kalau diri sendiri yang tersalah ... aku xtau apa salah aku tapi aku rasa aku tau cuma aku xpasti ... so , dtgla jelaskan kat aku apa salah aku .

Aku xkan marah ....
1st reaction myb mcm marah .. tp nasihat itulah yang aku sangat2 harapkan ... Bukan bererti kalau menasihati tu kita dapat kesan serta merta kat orang yang dinasihati ... ambil masa .. macam aku jugak .. nasihat la aku ... aku perlukannya ... dan aku jugak perlukan masa ..
Jangan marah kalau nak nasihat ....
takut2 nafsu amarah aku menghalang iman aku untuk membesar .. iman kita ni menaik dan menurun .. dan kita juga ada nafsu amarah .. kalau iman kita ni low .. then dalam masa yang sama nafsu marah kita meningkat , agak2 boleh ke kita berfikiran rasional time tu ? mybe lepas beberapa hari  or minggu ataupun mungkin bberapa bulan lepas tu baru kita sedar kesilapan kita ... so , kalau menasihat, jangan la marah atau guna nada yang tinggi ...

Mmmm...
dlu....zaman blog .. walaupun ada facebook, tetap dgn blog .. tp skrg , zaman facebook , blog2 ni aku dah jrang bukak ... nak harap nasihat kawan2 kat fb, susah jugak .. myb diorg segan kot sebab aku kenal diorg or aku boleh msj atau pm diorg directly ... 

kalau kat fb, aku x kenal sapa yang nak nasihat aku ...so, myb aku boleh berlapang dada ..bydaway , hati aku semakin rosak ... aku sedang baikinya ... doakan , aku xjadi tikus yang membaiki labu ... ><,

Tuesday, June 28, 2011

Sunnah berniaga atau berniaga itu sunnah?



Assalamualaikum sahabat2 n tetamu semua..
entry yang yang lepas yang merungut dan mengadu rasa nak give up.. hehehe...biasa la bila perasaan dah tertekan macam2 benda la nak mengadu. Tapi sy x giveup kan..cuma rasa je nak give up.. Alhamdulillah..Allah tu sentiasa menguji hamba-Nya. Macam saya juga..sebelum ni saya dah diuji dengan hutang dan tekanan dari pelanggan, tapi berkat kesungguhan mencari rezeki yang halal, saya berdoa dan Allah telah membukakan sedikit pintu rezekinya untuk saya.


Berniaga itu satu sunnah. Itu memang pastu. Cumanya .. apa tu sunnah berniaga?Baca bismillah ke? kena ambik wudu' ke? actually..sunnah tu saya kaitkan dengan sunnatullah...iaitu..ketetapan Allah atau perkara yang wajib berlaku...


so, boleh la diterjemahkan sebagai ketentuan berniaga...ataupun asam garam dalam berniaga.. saya sangat2 suka untuk berkongsi dengan semua.. apa yang menarik dalam berniaga..tp untuk entry kali ni cukup 1 atau 2 je dulu ye..

pertama..
Bila kita berniaga secara serius dan tidak menerima wang selain daripada perniagaan kita, kita akan merasakan Allah itu ada bersama kita dan kita akan lebih memahami apa itu takdir. HOW?

baik.



Setiap perniagaan ada untung dan ada rugi. dan setiap permulaan berniaga akan sentiasa rugi. begitu juga yang saya rasakan sebagai seorang peniaga kecil-kecilan. Seorang peniaga akan berharap perniagaannya akan maju dan ramai pelanggan yang membeli produknya.

tetapi...

kalau datang masa dalam sebulan, seorang pelanggan pun xdatang beli, apa perasan dan fikiran kita? for sure tertekan. ditambah pula dengan hutang. itu la yg saya alami. Alhamdulillah sy pernah belajar agama. So, maintain sabar.

Then, Allah nak bagi rezeki, tiba2 ada saja customer yang datang tanpa di 'promote' .. so, itulah takdir.. kita dah rancang macam2..promote sana...promote sini...tapi 1 pon x jalan.. last2, yang datang tu, datang secara kebetulan..









................... ( fikiran bercelaru la sekarang ni...sendiri tulis pon x faham tulis apa....myb x sarapan lg agaknya .... ) .................................

Saturday, June 18, 2011

Kejar ilmu kontra kejar harta
Dunia ilmu penuh dengan kenikmatan dan kesenangan. Kesenangan yang lahir dari hati . Kesenangan yang tidak akan dipincangkan oleh kepayahan dan kesusahan mengejar ilmu. Sangat kontra kepada kepayahan dan kesusahan mengejar harta dan kemewahan sehingga menjadi seorang yang berdendam. Jangan manjakan diri untuk mengejar ilmu kerana ilmu tidak suka kepad yang manja.

Hanya sedikit kelemahan pengurusan yang menyebabkan perubahan intelek dan pemikiran telah menyebabkan kononnya para pencari ilmu ini berubah menjadi ' penegak keadilan'. Walhal tiada dalam sebaris kata mengahlang mereka mengejar ilmu dan tidak pula si ' pengejar ilmu ' ilmu itu bersuara menegakkan agama dan ilmu yang mereka kejar. Tidak jauh hanya menegakkan hak yang sepatutnya tidak perlu dibesar-besarkan. atau kata mudah, itu bukanlah hak mereka.

Hidup mencari ilmu ini tiada istilah mudah dan payah. Tanpa kepayahan kita tidak akan menghargai ilmu. Sesudah si manja 'pecari ilmu' terima ijazah, kemudian bekerja dan berkahwin. Ilmu itu hanya akan jadi pekasam dalam lipatan manakala pada golongan pencari ilmu yang melalui onak ranjau akan terus mencari ilmu dan tidak akan pernah merungut hanya sehingga matlamatnya dicabuli iaitu dihalang untuk mencari ILMU dan bukan dihalang PTPTN nya. Tanpa PTPTN kita masih boleh mengejar ilmu. Cukup sudah untuk melihat sahabat kita diperantauan.

Aku pernah mengenali seorang rakan yang menuntut ilmu dengan keberkatan tanah milik keluarganya yang digadaikan hanya untuk mencari keberkatan ilmu dan tidak pernah sesekali aku mendengar luahan ras tidak puas hati terhadap golonganyang tidak memberikannya pinjaman.

Dimana kita yang sering mengherdik orang yang ingin menyampaikan bantuan yang kononnya itu HAK kita..!!!!! Kelemahan bukan sesuatu untuk diherdik dan dimalukan teapi itu adalah sesuatu yang perlu dibaiki. Bukan mudah membaiki kesilapan dalam diam tetapi tidak senang untuk membaiki kesilapan ketika orang memaki dan menghina. Berat menanggung telinga yang bernanah, berat juga memikul tanggungjawab yang tidak pernah selesai di tambah juga kelemahan yang perlu dibaiki. Banyak ranjau dan duri. Fikirkanlah............................

Tuesday, May 24, 2011

Rasa macam nak give up
Huwaaaaaaaaa.......tension betul... tu la..org suruh belajar rajin2..nti dah besar senang idup..dapat kerja tetap..selesa..tapi aku nak jugak masuk bidang perniagaan...hambek kau...seketul musibah atas kepala...huhu...

Rasa macam nak break je dari berniaga tp minat tu masih tebal and aku faham tu perasaan je..yang betul2 nya aku still nak mencuba lgi..biasa lah....asam garam berniaga...risiko..rugi..untung..

walaupun dah banyak kali down n kena musibah macm ni.., aku harap aku still kuat untuk teruskan langkah aku..kepada kawan2 diluar sana...aku harapkan sokongan anda semua... family .. xperlu nak tulis kot sbb tanpa sokongan dan bantuan mereka, aku x merasa jadi mcm sekarang.. :)

Friday, April 29, 2011

Penat tapi puas


bismillah...
Assalamualakum sahabat sekalian..xdak apa2 yang menarik nak dikongsi .. sekadar pengalaman menikmati nikmat letih yang Allah berikan...

Bila cakap pasal letih, selalu terfikir sesuatu yang teruk dan ingin dijauhi..mcm hari ni...letih betul..bukan letih otak .. tapi letih tenaga luaran ja..sbb td jalan jem..dah letih kat kaki n tangan..lenguh2 badan..pastu rush penang - sungai petani - kulim 2-3 kali...sekadar nak menjaga hari customer..

Alhamdulillah..Allah memudahkan urusan bila kita buat apa yang Dia suruh.. sebelum solat asar td, rasa macam x sempat ja nak rush ke semua tempat sebab masa terlalu penuh dengan agenda n byk perkara yang bersangkutan dengan orang ketiga..

Walaupun letih, bersyukur sangat sebab td ada customer puji aku punya charge untuk printing banner n bizcard murah dari kedai yang lain..bydaway..untuk x kacau biz orang lain..aku cakap la ni harga tender/kontrak sebab tu dapat murah..kalau x, harga sama ja macam kedai lain..banner..RM2.50 sekaki..tp harga kontrak RM1.50 sekaki...

Bila penat2 mcm ni...nak balik rumah tu, slow ja aku bawak kereta..sebab xdak dah tempat nak dituju...cuma nak drive balik ja...cuma..ada la 2-3 manusia di jalanan ni yang menguji kesabaran..gaya macam nak ajak rest ja..tapi disebabkan letih, buat dono jerk..


sampai kat rumah, xlama pastu...akak aku balik..rindu sgt kat Hannan ( gambar atas )..anak buah aku..pas tgk muka dia..main2 dengan dia...terus x rasa letih....huhu...tu la...letih tu pun satu nikmat/.. =)

Monday, April 18, 2011

bosannyaa....


Hari ni xde exam...esok ada exam.. patutnya hari ni aku pulun study..tp nampak pulun tidoq ada la...huwaaaa...mcm mana la exam esok..

hurm, xpa la..hari ni xde perkongsian apa2..sebab hari ni aku serabut..nti simpan masa sikit untuk bermuhasabah pon rasa x keruan..xleh nak masuk jiwa...xtau la sebab pa...ada sapa2 boleh bagi tips..?

cuma 1 je la yang aku tau..kalau hati xleh ngam dgn muhasabah atau peringatan untuk diri sendiri, pg la ke kubur..merenung masa depan..atau, pergi tempat yang cantik2..mcm taman ke...something mcm tmpt tu la..



tp..nak keluar pon malas..kalau keluar, mesti duit pon keluar jugak...huuhu..ingat nak jimat minyak keta...nak taman 2 minggu...sapa percaya...aku topup minyak keta Rm 40 untuk 2 minggu...? hehehe... kancil ja..

Aku bukan nak kedekut..tp aku xpandai nak manage duit lg..susah jugak org macam aku ni...pantang ada duit ckit..mesti habis...niat nak simpan..xdapat2 lagi...10sen tol..

Rasanya nak kena kuar jgak ni..nak fax surat kepada IKIM.FM ... penting tu..tp malas plak..hohoho..terus sungguh la mood ari ni....klah..gtg. wassalam




Thursday, April 14, 2011

Pandai x aku main? hehehe.... =)
Assalamualaikum....
kabare kawan2...hehe..td buat julungkalinya aku keluar berpeluh..main takraw dengan kawan2 serumah ..saja la nak mengabadikan kenangan bermain takraw kat dalam blog peribadi ni.. bak kata kekasih cinta hati aku...

" عقل السليم في جسم السليم "

betul ke x aku tulis tu..kalau salah tolong tegur ye..maaf la kualiti kurang memuaskan tetapi syukur kepada-Nya ada juga kelebihan sedikit... =)




Pas kehendak jasmani diberikan..bg plak hak rohani...sama2 la kita menjayakan bacaan yasin malam ni...hehehe... :P

Wednesday, April 13, 2011

Rindu pada si Dia
Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahimi.....

Dah lama sangat rasanya aku x update blog ni. Tak pasti masalahnya hanya cuma mampu biarkan blog ni usang tanpa coretan. Last artikel masa tahun 2010 bulan 10..lama sgt dah tu..dah hampir 2 tahun..

Sebenarnya, aku dapat rasakan..aku ni dah semakin jauh dari nasihat.. ( addinu an-Nasihah ) .. agama itu adalah peringatan.. hilangnya Qiamullail aku,... kurangnya hafazan aku,... extremenya hidup aku ... semuanya semakin jauh dari nasihat.

Setahun lebih aku hilang rasa ingin dinasihati dan jarang aku menasihati diri sendiri tapi semenjak 2 -3 bulan yang lepas, hati aku seperti dijentik. Walau dijentik, tetap tidak berganjak.. kerasnya hati ni.................. :(

Sekeras-keras batu, akhirnya akur dengan kelembutan air.... itukah hati kita? yang hanya akan lembut dengan titisanair mata..?

Kepada semua yang aku kenali, aku memohon kemaafan diatas keterlanjuran perilaku aku yang sengat menghampakan..aku sangat mengharapkan kemaafan semua.. pagi ini , aku cuma terasa bagai ingin bergerak..terkesan oleh jentikan pada sang hati..yg sekian lama membatu dalam jiwa hingga iman tidak terasa...


Segalanya dari diri sendiri yang semakin lupa bahawa hati ini perlu dijaga ... Persekitaran mengajar, Syaitan menghasut, Nafsu memujuk...tapi x sekalipun ilmu aku mendidik persekitaran, iman aku menjaga hasutan, dan amal aku meredakan pujukan,...

entahlah kemana lagi akan aku pergi..jauh mana lagi akan aku menyimpang .. cuma hati ini yang tahu... semoga, DIA mengampunkan aku dari segala cela dan hina diri ini yang bernama manusia.

Andai esok ajal aku, apa yang boleh kupersembahkan kepada-MU...?? :( .. Tak perlu ditimbang dengan mizan-Mu tetapi cukup bagi aku mengira-ngira amalanku yang boleh dihitung anak kecil...

Monday, October 18, 2010

bila penyakit pelupa dah melarat
Bismillah..
hari ni beli barang kat husien..dok jalan2 kat husien tu..asyik ternampak je dgn beg2 troli..boleh kata dekat 30 kali jgak la mata ni dok pandang beg troli tu..tp xterasa apa2 pon..bila sampai kat hujung husien..ternampak lak topi ala2 sasterawan dulu2..tp x terfikir nak beli pon..so..teruskan dengan hajat mencari stokin dan niqab..

jalan punya jalan punya jalan........jumpa niqab..tp mcm mahal lak..xjadi la nak beli..pastu pergi darus salam...cari kitab..kitab yg dikirim..tp xde..rasa mcm nak keluar dari kedai tu tp xsedap lak dok sekejap2 sbb dalam tu ada aircond...kat luar panas..so, apa lagi...stay la sampai azan asar..hoho..

Bila dah masuk asar je..aku pon pergila ke azhar ikut jalan dalam...jalan khan kalili..sebab redut ckit..kat jalan besar..panas..sambil2 jalan tu...saja2 la tengok kiri kanan..xde pon niat nak beli..dalam dok tgk2 ternampak lak stokin..mmg berhajat nak beli..apa lagi..terus la bertanya...akhirnya dapat juga apa yang dihajati..sekali dengan sarung tangan..

pastu..pas dah beli..aku teruskan perjalanan nak ke masjid..sikit lagi nak sampai kat pondok polis pelancong..aku ternampak la anak patung unta...tup3..teringat anak sedaraku..hanan tomei...ehe..aku pon beli...pas beli je..terus pg masjid..

pas solat..rasa lega..disebabkan semua barang dah dibeli..aku pon bertolak balik ke rumah...mcm biasa...kalau tunggu kat husein tu..bas mmg lambat sgt2..so..dah dekat mgrb jgak la baru sampai rumah..sampai je rumah..terus aku kemas2 barang..bila siap je kemas..dah tutup beg...aku pon test la tarik beg tu....rupa2nya.............

beg aku tu dah patah..huwaaaaaa...patut la mata aku dok nampak beg troli je dari td...topi tu plak..ada member aku pesann...aiyaaa...ingatkan dah x yah pergi husien da...aku nak pergi amik nenas batu n pergi citystar esok...aiyaaa...nak buat mcm mana..dah mmg diri sendiri pelupa tahap gaban..apa2 pn...aku nak kena pergi citystar esok jugak..kalau beg tu x patah, boleh jugak pergi malam ni cari baju untuk balik esok..huhu...malam ni nak kemas semua barang..pastu nak bersedia untuk sebarang situasi yang mencemaskan.. apa2pun...dari hati ke hati..aku mintak maaf kepada smeua kengkawan yang diMesir..kalau ada hutang tu.. tolong tuntut yew..maaf sbb x ingat...salam

Thursday, October 14, 2010

Teringin nak beli hard disk
Salam semua .. hari ni dah 14 hb 10.. 20 hb aku bertolak ke malaysia.. dalam pukul 1 pagi...kiranya..19hb tu .. malam tu jugak dah kena ada kat airport..harap2 xdak masalah la dengan egyptair.. dah 3 benda da aku hangin dengan egyptair ni.
Lusa lepas aku pergi TM...mean technology Mall kat sabik..aku jenjalan nak tgk harddisk.. sbb aku perlukan menatang ni untuk folder software aku.. sambil2 leh sedut software2 yang dah terbuang.. banyak tu..sebelum ni harddisk aku ada dalam 100gig software sahaja..tapi kebanyakannya ada virus..huhuhuh..


Aku kat sana jumpa harddisk samsung..harga dalam LE 305 .. lebih kurang RM 180 gitu.. aku ingat mahal..so, aku xjadi la nak beli..aku fikir balik nti la beli kat malaysia sbb ingatkan lebih murah...

tup3..esoknya iaitu semalam, aku cek tenet harga samsung..yang paling murah RM 230 n yang paling mahal RM 270..perghhh...nyesal x sambar terus malam tu... xpa2.. malam ni rasanya nak pergi tgk .. tu pon kalau ada duit..huhu..

aduyai..sakit plak perut ni...xmakan lg tp asyik nak membuang je...huhu..
gtg ~

Sunday, October 10, 2010

tarikh keramat
salam kawan2..
hari ni 10/10/2010 saya menghadapi 1 situasi yang menggemparkan apabila perlu mengharungi 1 detik sukar iaitu menerima seseorg secara serius dalam hidup saya. Bak kata org...berani kerana benar.




Walaupun dah berkawan agak lama tapi belum pernah lagi alami perasaan yang macam ni. Siang td bergaduh skrg jadi lain plak. huhu... tarikh hari ni merupakans ejarah dalam hidup sy kerana hari ni saya telah melamar seseorang untuk bersama saya.

Kalau ikut hukum, kira da jadi tunang rasanya tp kalau ikut adat...masih belum.. apa2pon terima kasih kepada si dia sebab bagi saya peluang untuk saya buktikan kejujuran saya dan tinggalkan perangai buruk sy yang dulu2. Nak tau apa perangai buruk sy? huhu..kawan2 dah tau kot...






so..sy sangat2 berharap..hubungan ni adalah hubungan yang betul dan berpanjangan. Jangan anggap ni sebagai couple2 org zaman sekarang sbb kami memahami bahawa hubungan ibubapa mempengaruhi pembesaran anak-anaknya.

Apa yang perlu sy lakukan sekarang adalah teruskan usaha membaiki diri. Tinggal kemungkaran dekati kebaikan.doakan kami. :D
Hargai apa yang ada
Semalam keluar pergi jalan2 dengan kawan.. dah lama x berjalan. sebelum balik Malaysia, teringin nak kuar berjalan n kenal dengan seseorang. Alhamdulillah, dah berjalan n berkenalan..sekarang dah puas.. kepala pon dah ringan sbb 1 urusan dah selesai.

Hampir jam 1 aku sampai ke rumah. Membolak balik fikiran aku mengenangkan malam td. Sangkaan yang selalunya cantik akhirnya kecundang. Itulah manusia, hidup yang singkat dirasakan pantas untuk bergembira dan berseronok.


Aku menilai diri aku dari kacamata Islam bahawa aku seorang yang sangat2 leka dan berfoya-foya dengan nikmat dunia. Aku pernah terfikir bahawa akulah manusia yang paling lincah berfoya dan lupa daratan. Rupanya itu hanya sekadar ilusi minda aku yang dipengaruhi nafsu yang memberontak melakukan kemungkaran. Realitinya aku sendiri tidak berani berfoya dan melepasi sempadan.

Realiti yang terungkap apabila aku merasakan panas, marah dan meluat apabila melihat 2 sejoli dari berlainan bangsa berjalan sebagai pasangan keluar di waktu malam sehingga jam 2 pagi. Bukan jeles atau cemburu tetapi hati tidak mampu menerima kenyataan. Andaikata mereka berdua serumpun denganku, pasti aku mampu menegur akan tetapi kenyataannya berbalik.


Apakan daya, aku hanya insan yang mempunyai iman yang sangat2 lemah. Ditegur tidak. Bersuara pon tidak. Lantas sahaja mencari jalan untuk keluar dari situasi tersebut.


Aku merasakan perlu untuk aku mengenali hidup sosial zaman kini bg menyulam jalan supaya aku cerdik dalam membuat teguran. Akan tetapi tidak pernah aku menyangka bahawa hidup sosial yang aku ingin lihat itu terlalu jauh dan asing bagi diriku.




biarlah...aku di alamku yang lama. selesa disana. hati dan jiwa gembira dan menangis merintih kerana-Nya. Aku rindukan aku yang dulu. Kerana aku sekarang telah jauh dari tapak hidup asalku.

Saturday, October 9, 2010

Fuhhh..dah bersawang blog ni
Bismillah ( mulakan dengan bismillah)

Fuhhh...akhirnya berjaya jugak buang sawang2 kat dalm blog ni..dah x minat dah blogsite macam dulu.. yg banyak2 java..rasa mcm serabut..tpkan xtau la pasni..kot2 minat tu ada balik...O_o

Hari ni habis sehari kat cc buat edit2 blog. Amik dari website tukar2 jadi blog . Dah lama x baut jadi kekok plak. Ada je yg x kena walaupun simple gler...huhu..xpa la..janji puas..

Kebelakangan ni rasa lain mcm je lepas ada seseorg budak yg x dikenali menegur kesilapan yang disengajakan aku. tapikan walaupun teguran tu sakit hati tp disebabkan terasa tu la aku teringat2 sampai sekarang n rasa x sedap je hati ni.

Apa2 pon, aku dah xleh sambung kat azhar. Aku dah kena balik malaysia sebab x lulus. tu la malas sgt belaja..hurm, sambung Insaniah pulak...nampaknya aku kena kuatkan semangat. xleh mudah terpengaruh dah. actually..aku ni mudah terpengaruh...dok mesir pon terpengaruh gak..nasib bek ada biaah yg PMRAM bawa...n ad gak tarbiah uluhiyah dari ISMA.. bila digabungkan..rasa selamat ckit walaupun kadang2 terpengaruh..tp itulah..aku x berapa setuju dengan ISMA di MESIR. Kenapa x bergabung dengan PMRAM? x perlulah bercita2 tinggi nak satu dunia hanya kenal nama ISMA. Begabunglah kerana ISLAM bukan ISMA.

Aku nak cakap banyak pon, aku xmcm diorg. Hebat..baik...so..lebih baik diam. Bina perwatakan. Bina sakhsiah dan paling penting mantapkan ILMU dan IMAN. huhu...letih ni..nak relaks jap..malam kang tgk la nak posting apa kalaua da mood blogging... nge3..salamz

Monday, May 10, 2010

selamat hari ibu
Hari ibu dah terlepas semalam tp aku terlupa. walaupun dah pernah dibaca. Bila di fikirkan semula, aku ni untung sgt dapat ibu yang sgt2 baik. sbb aku ni byk sgt buat salah tp beliau masih mempercayai aku dan membantu aku. aku pernah terfikir...mcm mana nti bila aku jadi seorang ayah? aku selalu berdoa semoga aku dapat isteri yang baik mcm ibu aku. Kalau xbaik betul2 tepat macam beliau, sipi2 pon xpa..

Hurm ada plak email pasal hari ibu ni, terkesan jugak aku.so, elok rasanya aku berkongsi sama2 di sini.


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Click Me!
Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak Click Me!
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku Click Me!
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Click Me!
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Click Me!
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Click Me!Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat akuClick Me!

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Friday, April 2, 2010

penat .... kenapa?
penatnya hari ni...
tp xpasti la penat kenapa? samada penat otak atau penat badan... rasa mcm penat dua2... kadang2, teringat juga maksiat yang aku lakukan dan menginsafi tetapi aku betul2 tidak berpuas hati dengan diri aku. Bukan setakat setahun dua kebelakangan ni tetapi dah lama aku rasa x puas hati. Kalau dalam sebulan tu, mesti ada seminggu dua aku akan terfikir maksiat yang aku lakukan dan menginsafinya tetapi xpernah pulak aku cuba mengerakkan anggota aku untuk bermunajat.


Rasanya...sejak aku habis sekolah menengah, aku x pernah lg bangun di satu pertiga malam. tapi kenapa jadi mcm tu....bila difikirkan, semuanya bermula dari perhubungan yang tidak dikawal.

Perhubungan yang mcm mana? hurm, bukanlah sampai perhubungan seperti zina dan lain2, tetapi hubungan laki perempuan yang tidak bersebab. Sebelum aku xpasti kenapa susah untuk aku berubah dan istiqamah menadah tangan berdoa. Semakin jauh umurku meninggalkan aku, semakin banyak yang aku fikirkan.

Ramai yang mempertahankan bahawa berkawan dengan berlainan jenis itu tidak salah dan bukanlah itu salah satu jalan kearab zina. la taqrabuzzina .... apa2 pon, aku berfikir..atas sebab apa perlu berkawan dengan perempuan (sbb aku lelaki) ..?

Kalau ada sebab yang munasabah, aku langsung tidak membantah tetapi selalunya ramai yang meletakkan alasan yang munasabah tapi mengingkari alasan itu. Ada yang beralasan, berkawan untuk belajar...tapi perlu ke duduk dekat2 untuk belajar ataupun duduk berdua2an untuk belajar? Siapa ye yang boleh belajar ..lelaki dan perempuan.. tanpa menyentuh isu peribadi..? conthnya. bertanya hal2 yang sgt peribadi...

Mesti xdak sesiapa yang boleh bagi jaminan kan?

so...ada ke lagi alasan yang munasabah...? aku selalu menghormati pimpinan...tetapi ada juga yang membuatkan aku hilang hormat pada pimpinan... hurm, sekadar renungan... bila berada di barisan pimpinan, landasan kita terbuka lebih luas untuk mengenali kaum berlawanan... tidak mustahil dan sudahpon berlaku situasi di mana percampuran yang sebenarnya diatas landasan bekerja dan bermesyuarah menjadi satu medan kenal-mengenal..

sampaikan, aku pernah mendengar perbualan yang langsung tiada kena-mengena dengan kerja disertai helai tawa...tidak menuding kepada orang lain, cukup kepada aku...

bermula dari situasi2 tersebut, aku bersa takut untuk berada dibarisan pimpinan selagi mana aku sendiri tidak mampu memimpin diri dan dan nafsu aku. Selagimana diri sendiri tidak mampu memimpin nafsu, janganlah ghairah sangat ingin memimpin... walaupun medan kepimpinan merupakan satu wadah untuk berdakwah...

Apa yang aku tulis sebenarnya utuk menjawab apa yang aku soalkan sendiri. tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. kalau ada yang setuju, terima kasih.. kalau ada yang tidak setuju, apa berlapang dada.. sebab fikiran kita berkembang seiring dengan persekitaran...

katak dibawah tempurung ...? hurm, agak2...ada ke katak yang boleh melompat lebih tinggi dari tempurungnya yang tidak pernah dia keluar..? fikir2kan....

Monday, March 29, 2010

pindah rumah??perlu ke...?
bismillah...
assalamualaikum..
hurm..isu pindah rumah plak.. aku rasa aku paling banyak pindah -randah tp aku rasa seronok lak pindah2 ni.. hehehe.. dalam tempoh 7/2007 sampai 4/2010 aku rasa dah hampir 6 kali aku berpindah.. rumah negeri 3 kali n xtermasuk dalam rumah negeri tu dipindahkan beberapa kalike bilik2lain sampailah aku sakit kaki...

tp xpa...aku ska.. ada org x ska berpindah-randah ...biasa la tu..n adajugak orang yang xsuka dok jauh2... sepengalaman aku la... kalau orang yang ska pindah-randah n dok jauh2 macam aku ni,selalunya masa kecil2 dulu atau family dia mmg jenis masyarakat nomad la... asik kena pindah je..tp aku tau..parent aku dulu pindah2 xsamasebab mcm aku.. aku pindah suka2 ,diorg pindah sebab kena tukar kerja.. heheh..

apa2 pun setiap benda yang berlaku..setiap tragedi yang terjadi.. kait2kanlah dengan ilmu dan semoga pengalaman tu bermanfaat..

saat aku melihatmereka yang suka merantau..maksud aku merantau untuk belajar bukan merantau untuk bergembira..selalunya pemikiran mereka lebih matang dan sekiranya mereka berada di dalam perjuangan, perjuangan mereka itu jelas. tetapi kebanyakan mereka yang tidak suka merantau,dengan kata lain... samada tidak keluar dari kelompok atau merantau tetapi tidak mahu menerimadan menghormati pendapat orang lain, biasanya tatkala mereka melalui jalan perjuangan, mereka bertaqlid semata2... meletakkan siqah membabi-buta kepada pimpinan yang kuat bersuara lantaran taksub memegang kata2..

biasa la tu...manusia...sebab itulah sampai sekarang aku takut untuk berada didalam masyarakatkerana aku mengenali diri aku yang masih tidak bersedia dengan ilmu dan akhlak yang baik dibelakang tapak dakwah rasulullah s.a.w.

Aku terbaca satu artikel ... sekiranya kita ini dah berusaha sedaya upaya untuk berubah tetapi gagal ,maka tandanya Allah sedang menghinakan diri kita. dan begitu juga sebaliknya.aku xpasti siapakah yang menyampaikan kata2 itu tetapi bagi aku .. ini juga sesuatu yang positif sebenarnya...kerana Allah swt pernah berkata kepada malaikat...biarkanlah mereka merintih kerana aku menyintai rintihan mereka..

kalau kita dapat bayangkan dan fahami daripada kedua2 kata2 itu sebenarnya..walaupun susah bagaimana sekalipun untukkita berubah...dan..sekiranya itu juga merupakan dalil bahawaAllah sedang menghinakan kita..sedarilah bahawasanya itu adalah adil untuk kita dan bagi-Nya kerana dosa yang kita lakukan sepatutnya lebih besar dan dahsyat balasannyadaripada hinaan yang sedikit ..tidak lebih hanyalah sekadar secebis kepayahan untuk berubah... malahan ..Allah menghinabukan kerana membenci tetapi kerana menyayangi kita...

Allah datangkan kesusahan supaya kita merintihkepada-Nya kerana itu yang Dia suka dan cinta. Tidakkah kita terfikir, setiap titisan airmata yang menangis kerana Allah mampu memberi syafaat diakhirat kelak.


Nampaknya,xbanyak masa nak menulis walaupun didalamkepalani..berjela2 idea..apa2 pun, kita masuk syurga-Nya bukan kerana amalan yang banyak tetapi dengan rahmat-Nya.Bertaqwalah dan peliharalah hubungan kita dan Allah .. dan hubungan sesama kita.. Seikhlas dan sejujur hati, aku menghamparkan kata2aku sebelum ini bahwasanya semua ocoretan dan nasihat khusus untuk jiwa danhatiku yang kosong...dan umumnya buat mereka yang ingin menerima..

wassalam

Friday, March 19, 2010

hidup tanpa 'isteri'


bismillah..
assalamualaikum ..
dah lama x update blog ni dengan posting terbaru. rindu plak nak menaip. Maklumlah 'isteri' dan digadaikan. Ops, isteri tu maksud saya komputer. 24jam asyik dengan komputer je. Alhamdulillah dengan ketiadaan komputer , pintu kebosanan tu lebih terbuka luas lantas hadirlah nafsu untuk menuntut ilmu walaupun tidak sesekerap para azhari yang sedia diketahui rajinnya. Cukuplah sekadar melintasi kalam ... hari ini lebih baik dari semalam... dan juga tidak dilupakan bahawasanya sesiapa yang hari ini sama seperti semalam adalah orang2 yang rugi. Dapat lebih sikit pun dah ok rasanya.

Sebenarnya semakin kita berada dalam konteks dan ruang lingkup yang luas, pemerhatian dan kefahaman kita akan menjadi lebih matang dan mampu menilai tetapi tidak semua orang akan menyedari samada diri sendiri semakin matang ataupun tidak. Tidak lari dari prasangka sendiri bahawa empunya jiwa dan roh sudah ditahap pemikiran yang matang lantas menyemburkan pelbagai kata-kata yang tidak enak didengar.

Berdakwah memerlukan uslub yang cantik dan berhikmah. Berdakwah tidak perlu kepada platform yang kekal. Platform yang saya maksudkan adalah seperti pertubuhan dan sebagainya. Dimana-mana sahaja kita perlu berdakwah. Malahan perlu diingatkan, persatuan dan pertubuhan hanyalah sebagai medan dan pentas untuk memudahkan kita menyampaikan dakwah. Tidak perlulah mempertahankannya sehinnga mahu seluruh pelusuk dunia berdiri diatas pertubuhan tersebut.

Hormatilah pertubuhan yang sudah sedia ada. Tambahan pula dasarnya tetap sama..al-Quran dan as-Sunnah. Kalau terdapat kesilapan besar sekalipun, tidak perlu rasanya kita mengangkat kaki meninggalkan medan itu hanya kerana kesilapan individu yang kita sedia maklum, manusia sentiasa melakukan kesilapan. Bersama-samalah kita wahai muslimin dan muslimah. Kiranya ada kesilapan sebesar manapun, perbaikilah .. kerana .. kalaulah satu hari nanti pertubuhan yang berdiri dibawah usaha dan titik peluh ulama-ulama ini runtuh, makanya hanya tinggal pertubuhan yang berdiri dibawah sumbangan orang luar yang kita sendiri tidak tahu apakah motif sebenarnya.

Pertahankanlah.. dan perbaiki kesilapan.

hurm..dah melalut jauh plak... ingatkan nak cerita pasal 'isteri'.. xpa la..lain kali je.... wassalam

Monday, October 19, 2009

kudrat zero akal hero
bismillah ...
dengan nama Allah yang menguasai setiap titisan darah dalam diriku, sejuta harapan dan doa agar esok kembali bertenaga.

Kudrat ... tenaga ... kemampuan dan kekuatan yang ada dalam diri kita sebenarnya merupakan aset yang kita pinjam untuk membangun dan mengumpulkan saham-saham akhirat agar kelak timbangan kita berat pada timbangan keimanan.

Sekadar bercoret dan mengisahkan sebuah perjalanan yang sebenarnya telah dilalui oleh berjuta masyaikh dan pencinta ilmu suci ini. Kudrat manusia itu sama pada timbangan yang Allah pinjamkan cumanya kearah mana yang kita sumbangkan.

Azhari dan azhariah mempunyai 2 pilihan muktamad untuk hadaf itu. Kudrat itu untuk apa? dulunya, aku pernah didatangi seorang senior yang memperingati aku bahawasanya disini, di bumi anbiya .. misr ini .. kita akan menerima apa yang kita hajatkan. Kiranya aku ingin mencapai cita-cita sebagai peraih mata kewangan, maka aku bakal menemuinya. Sekiranya aku hadir disini mencari cinta untuk dimiliki, pasti aku memilikinya. Sekiranya aku mendiami bumi suci ini untuk sekadar bermewah dan merehatkan diri, aku bakal berasai kelapangan itu. .. tetapi sekiranya aku hadir dengan segenggam keinginan yang besar dan tinggi agar ilmu Allah itu dapat aku simpulkan dalam setiap detik dan titisan peluh hidupku, maka aku pasti merasai nikmat kepenatan menyusuri jalannya.

Kudrat , aset ini sebenarnya bakal ditambah dan dinaiktaraf oleh maha pencipta dunia dan akhirat sekiranya kita sebagai hambanya menggunakan aset ini pada jalan yang diredhaiNya. Keletihan itu satu kepastian tetapi keletihan apakah yang lebih kita harapkan samada keletihan yang aku ertikan sebagai 'kudrat zero akal hero' atau sebaliknya? apakah maksud matan aku itu? .. hanya sekadar kiasan untuk mereka yang berfikir.

Keletihan seharian berjalan pastinya memakan sisa2 tenaga yang kita miliki tetapi kekuatan, tenaga itu pastinya sia-sia sekiranya kita habiskan pada perkara yang tiada manfaat untuk kita manakala besar nikmatnya sekiranya aset tenaga ini kita habiskan untuk mencari ilmu Allah dan redhanya.

Aku seringkali menghadirkan dalam hati bahawasanya diri ini perlu keluar dari rumah seawal mungkin dan pulang selewat mungkin tapi apakan daya mungkin syaitan yang berada didalam setiap titisan darahku ini menguasai nadi pemikiran dan nafsu agar kekal dalam kemalasan yang nyata.

Bukan ertiku ingin menyalahkan mereka atas tugas azali mereka itu tetapi aku sebenarnya menyesali sikap aku yang sebelum ini membiarkan mereka membiak pesat didalam darahku tanpa berfikir sesungguhnya akan hadir suatu penyesalan dihatiku satu hari nanti.

Aku azhari dan aku perlu sedar dari lamunan tidur dan angan2 yang membuta tuli bahawasanya aku perlu menyediakan diriku sebaik mungkin kerana masyarakat Islam di Malaysia kekurangan alat untuk berperang dan mempertahankan agama Allah yang suci. Aku mulia kerana menegakkan Islam dan aku hina kerana melambatkan perjuangan Islam. Istilah yang sering aku terfikir-fikir tetapi masih tidak berhasrat untuk merealisasikan.

Tatkala menyandung sebuah pengharapan yang tidak pasti, aku dihentak sebuah kekuatan untuk mengabadikan pengharapan itu. Terima kasih untukNya. Semoga hati ini sentiasa memiliki kekuatan ini dan selama-lamanya tidak akan berkurang. Wassalam .

Sunday, October 18, 2009

maksiat melukakan iman
bismillah ...
dengan nama allah kumulai bercoret .. dengan nama yang agung ini kuminta agar dijauhi dosa2 dalam perbualan dan penulisan.. membiarkan kalimah2 tersusun tanpa hadaf dan tujuan seringkali menerjah ke lubuk dosa yang tersembunyi.

Kalam kita selalu disulami propaganda nafsu dan haloba yang buta.. membuatkan kita sering jauh dari ukhwah saudara seIslam walaupun secebis cuma. Kita azhari dan azhariah yang memperjuangkan agama Islam yang satu in dibawah panji LAILAHAILLAH yang bertauhidkan Allah yang satu namun sejauh mana penghayatan kita kearah membentuk diri sendiri, sebagai peribadi yang berakhlak . Bukan semata-mata untuk tatapan dan ikutan masyarakat, tetapi keperibadian itu semata-mata ikhlas kerana Allah.

Ikhlas...? dari kontek dan ruang lingkup apakah yang kita lihat. Azhari dan azhariah tidak mungkin melunaskan didalam pemikiran masing2 seperti pemikiran masyarakat umum diluar sana yang rata-rata menerima ilmu dan suapan maklumat secara total. Majoritinya menerima seratus peratus dan itu mungkin pemikiran dulu. Kini, masyarat sudah dibenihkan dengan pemikiran bebas yang dibajai oleh sokongan sisters in Islam secara khususnya.

Kita ... pelajar yag menongkat peribadi di Universiti yang telah melahirkan jutaan ulama, mengapa kita masih menganggap ikhlas itu perlu menunggu masa untuk dilahirkan. Masyarakat kini telah menempuh satu fahaman yang songsang mengatakan bahawa sesuatu amalan dan suruhan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas lantas sehingga umur dihujung tanduk, ikhlas itu masih tidak diketemui. Lihat, sewajar manakah ikhlas itu perlu ditunggu hingga lahir dilubuk hati?

mari sini kita bersembang2 ... ikhlas itu lahir dari hati . Dimana .. hati itu perlu dipupuk. Semakin berat sesuatu perkara yang baik itu ingin dilakukan semakin tinggi kebaikan yang kia perolehi. ingat!! Ikhlas itu nikmat yang sangat agung. Satu kurniaan yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Jadi, tidak mustahil untuk Allah menyusahkan hamba-Nya sedikit untuk memperolehi nikmat ini. Berbaloi selayaknya...

Kalam akhir , amal yang kita lakukan tanpa harapan agar dipuji dan tanpa keinginan untuk diungkit semula adalah ikhlas yang dicari sebenarnya. Koreksi diri sendiri, adakah amalan dan perbuatan kita sentiasa ingin dipuji dan adakah kita selalu mengungkit-ungkit...?

ikhlas itu besar nikmatnya .... wassalam..

Saturday, October 17, 2009

Posting blog pakai hp
Salam smua... hari rasa mcm nak posting blog..tp tenet xdak..huhu..tetiba lak trfikir utk cuba posting gna hp..dan akhirnya..kejayaan milikku...hehe..

Lepas ni dah bleh posting gna hp..hehe..ptang ni ada kelas lak..tp ngantk..hurm klah..nk tdo dlu..salam

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?