Hampir jam 1 aku sampai ke rumah. Membolak balik fikiran aku mengenangkan malam td. Sangkaan yang selalunya cantik akhirnya kecundang. Itulah manusia, hidup yang singkat dirasakan pantas untuk bergembira dan berseronok.
Aku menilai diri aku dari kacamata Islam bahawa aku seorang yang sangat2 leka dan berfoya-foya dengan nikmat dunia. Aku pernah terfikir bahawa akulah manusia yang paling lincah berfoya dan lupa daratan. Rupanya itu hanya sekadar ilusi minda aku yang dipengaruhi nafsu yang memberontak melakukan kemungkaran. Realitinya aku sendiri tidak berani berfoya dan melepasi sempadan.Realiti yang terungkap apabila aku merasakan panas, marah dan meluat apabila melihat 2 sejoli dari berlainan bangsa berjalan sebagai pasangan keluar di waktu malam sehingga jam 2 pagi. Bukan jeles atau cemburu tetapi hati tidak mampu menerima kenyataan. Andaikata mereka berdua serumpun denganku, pasti aku mampu menegur akan tetapi kenyataannya berbalik.
Apakan daya, aku hanya insan yang mempunyai iman yang sangat2 lemah. Ditegur tidak. Bersuara pon tidak. Lantas sahaja mencari jalan untuk keluar dari situasi tersebut.
Aku merasakan perlu untuk aku mengenali hidup sosial zaman kini bg menyulam jalan supaya aku cerdik dalam membuat teguran. Akan tetapi tidak pernah aku menyangka bahawa hidup sosial yang aku ingin lihat itu terlalu jauh dan asing bagi diriku.biarlah...aku di alamku yang lama. selesa disana. hati dan jiwa gembira dan menangis merintih kerana-Nya. Aku rindukan aku yang dulu. Kerana aku sekarang telah jauh dari tapak hidup asalku.
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan