-->

Thursday, August 9, 2007

Hikayat KaTalk Bawah Purung Nyiur part 4
Setelah di laser oleh Sang Kancil, Ayah KaTalk pun melompat-lompat menuju ke arah purung nyiurnya. Dalam fikirannya bergolak 1001 macam persoalan "Macam mana aku nak cover kesalahan aku ni ? Kalau semua orang tahu aku tak ada ilmu, aku ni jumud, tak ada peluang aku nak dipanggil USTAZ, tak ada peluang aku nak di gelar alim dan warak"

Dalam perjalanan, dia melompat-lompat untuk kembali ke tempurung nyiurnya sambil berfikir macam mana nak cover kesilapan dia, bertemulah dia kembali dengan Siput Gondang Emas yang sedang bersantai. Dalam fikiran jahat dan hati busuknya, mungkin dia boleh memperdayakan Siput Gondang Emas untuk menyokong pendustaannya.

Ayah KaTalk : Helloo Siput, tengah buat apa tu ?

Siput Gondang Emas : Sedang bersantailah dengan keluarga.

Ayah KaTalk : Siput saya nak mintak tolong sikit boleh tak ?

Siput Gondang Emas : Mintak tolong apa ?

Ayah KaTalk : Aku ada masalah dengan sekolah Sang Kancil, sekolah dia itu tak campur orang. Jumud. Suka sindir orang yang buat maksiat.Sekolah Sang Kancil tak banyak pengajian, tak macam tempurung nyiur aku. Orang di Sekolah Sang Kancil tak ada hikmah. Kalau boleh aku nak usaha untuk ditutup saja sekolah Sang Kancil. Biar anak-anak murid sekolah Sang Kancil akan masuk belajar di tempurung nyiur aku. Jadi aku nak mintak tolong Siput Gondang berhujjah dengan Sang Kancil.

Ayah KaTalk menabur fitnah dengan rasa hasad dengki. Siput Gondang Emas yang tengah melepak tepi kolam terkebil-kebil mendengar kata-kata Ayah KaTalk.

Siput Gondang Emas : Saya nak tanya sikit.

Ayah KaTalk : Apa dia ?

Siput Gondang Emas : Kalau orang sindir kita, kita terasa, itukan tanda kebenaran sindiran tersebut ? Siapa makan cili dialah rasa pedas. Apa salahnya orang sindir kita bila kita lakukan maksiat ? Kalau tak mahu kena sindir, janganlah buat maksiat. Itu baru makhluk sindir, kita dah menggelabah cari orang untuk diperalatkan. Belum lagi kena sindiran dengan Allah di akhirat. Sedarlah diri sikit.

Ayah KaTalk terdiam. Makin pening kepala Ayah KaTalk. Makin terbeliak mata Ayah KaTalk.

Siput Gondang Emas : Saya hairan.

Ayah KaTalk : Hairan apa ?

Siput Gondang Emas : Kita cukup takut makhluk menyindir kita tetapi kita tak takut Allah menyindir kita. Pelikkan makhluk yang hidup di dunia ini ? Sebab kita takut kepada sindiran makhluk dan tak takut pada sindiran Allah, kita terus buat maksiat. Siapa yang kita sembah sebenarnya ? Allah atau makhluk ?

Sekali lagi Ayah KaTalk dilaser pada hari itu. Makin peninglah Ayah KaTalk. Cepat-cepat dia amik henfon dia yang ada 3G ( Gila dunia, Gila puji, Gila kuasa ) call henset anak-anak angkatnya. ( Elloooo anak angkat, Ayah KaTalk kena balun dengan Siput Gondang Emas. Tolong carikkan Ustaz-ustaz yang boleh backing pendirian Ayah KaTalk yang hasad dengki ni ...... Ayah KaTalk menelepon anak angkatnya )

Siput Gondang Emas : Apa yang kita ingin perjuangkan ? Islam atau tempurung nyiur ?

Siput Gondang Emas bersyarah lagi.

Siput Gondang Emas : Apasal Ayah KaTalk hasad dengki dengan sekolah Sang Kancil sampai hendak ditutup ? Banyak lagi tempat yang ajak buat maksiat, Ayah KaTalk tak pula suruh tutup. Ada sekolah yang ajar bini orang dan suami orang buat maksiat. Ada sekolah yang ajar bapak orang buat maksiat dengan anak dara orang. Kan lebih baik Ayah KaTalk suruh sekolah maksiat itu ditutup dari menutup sekolah yang ajak ke arah kebenaran ?

Ayah KaTalk rasa macam kena lenyek dengan stemroll. Rasa macam nak mati katak saja dengan teguran Siput Gondang Emas. Segera kepala otak penipu Ayah KaTalk cuba mencari alasan untuk cover sifat munafiknya.

Ayah KaTalk : Ermmm....ermmmm..... sebenarnya maksud aku, aku nak ajak Sekolah Sang Kancil itu berkerjasama. Cuba bayangkan, tempurung nyiur aku ada 50 orang , Sekolah Sang Kancil ada 5 orang. Kalau sekolah berjalan di waktu yang sama, susah murid-murid nak dengar kuliah yang mana satu. Aku tak pernah pun suruh Sekolah Sang Kancil ditutup. Itu semua tuduhan dari orang fasik. Hati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Tempurung nyiur aku ada 21 slot kuliah, di Sekolah Sang Kancil ada 7 slot saja. Jangan caya kat berita yang dibawa oleh orang fasik.

Ayah KaTalk menunjukkan lebainya, sambil dalam hati berharap Siput Gondang Emas terpedaya dengan ayat-ayatnya yang berbelit-belit dan berputar-putar untuk menutup kesalahannya.

Siput Gondang Emas : Pening kepala saya. Tadi Ayah KaTalk juga yang kata nak tutup Sekolah Sang Kancil. Sekrang nafikan pula.

Ayah KaTalk : Tidak, aku tak pernah suruh Sekolah Sang Kancil ditutup. Kau salah dengar tu. ( Kata Ayah KaTalk nak cover kesalahan dia )

Siput Gondang Emas : Saya nak komen sikit :

1. Ayah KaTalk jelas dan nampak sangat sifat munafik bila memusuhi Sekolah Sang Kancil yang mendidik orang untuk baiki diri, sedangkan sekolah yang ajar maksiat Ayah KaTalk tak sentuh pun. Sekolah Ayah KaTalk pun lagi banyak MAKSIAT EXCLUSIVE yang ada jadual. Bukankah Ayah KaTalk sepatutnya memusuhi maksiat dari memusuhi kebenaran ?

2. Ayah KaTalk tak sepatutnya rasa marah kalau kena sindir sebab Allah punya sindiran lagi power. Makhluk punya sindiran adalah cermin kepada maksiiat dan sifat munafik yang Ayah KaTalk lakukan. Allah punya sindiran akan menyebabkan Ayah KaTalk masuk ke neraka. Azab neraka Allah sakitnya berkekalan. Ubahlah perangai munafik tu.

3. Kalau seorang yang berwibawa dan ada ilmu, dia akan berpegang dengan prinsip yang lahir dari ilmu. Ayah KaTalk, tak ada prinsip. Kejap kata Sekolah Sang Kancil patut di tutup. Kejap kata tak patut tutup tetapi nak kerjasama. Sebab itu bila dihujjah, Ayah KaTalk melompat dari UK ke Malaysia, ke Mesir, ke Yaman cari orang untuk bantu dia cari hujjah. Ini bukti, apa yang Ayah KaTalk sebut selama ini TIDAK ADA SANDARAN ILMU. Main hentam aje cakap, padahal apa yang dicakap semua style troubleshooting.

4. Ayah KaTalk apabila terdesak, akan mencari kaum perempuan dan gunakan perempuan untuk backing hujjahnya yang bertentangan syariat. Inikan tindakan bacul & dayus. Kalau dah tahu salah, bertaubat sajalah. Ni masih nak tegakkan benang yang basah.

5. Ayah KaTalk kalau nak gunakan Islam sebagai topeng, berlakon tunjukkan alim dan warak depan masyarakat. Saya rasa ramai yang ada di Sekolah Sang Kancil boleh melakonkan watak tersebut lebih baik dari Ayah KaTalk. Bezanya yang belajar di Sekolah Sang Kancil itu nak baiki diri, nak jadi orang baik, tak nak dah nak buat jahat. Sedangkan Ayah KaTalk tak ada cita-cita sebenarnya nak jadi baik. Sebab itu Sekolah yang didik orang untuk baiki diri pun Ayah KaTalk musuhi. Di sekolah Sanng Kancil, walau ada 7 slot kuliah, tapi kuliahnya tersusun, ada syllabus dan istikamah. Di tempurung nyiur, walaupun ada 21 slots, tapi tak sistematik. Untuk isi masa kosong. Dan perbezaan yang PALING KETARA, Sekolah Sang Kancil tak pernah memusuhi sesiapa, cuma sekolah Ayah KaTalk saja yang sibuk cari salah makhluk lain.

6. Ayah KaTalk kononnya ingin berkerjasama dengan Sekolah Sang Kancil. Macam mana Sekolah Sang Kancil ingin bekerjasama dengan seseorang yang tak ada prinsip ? Kejap Sekolah Sang Kancil nak ditutup, kejap nak kerjasama. Yang mana satu. Elok Ayah KaTalk hisab diri, tak payah hisab makhluk lain. Baru Ayah KaTalk nampak rupa Ayah KaTalk sebenar. Setahu saya Katak lidah tak bercabang. Kira Ayah KaTalk ini spesis katak yang agak unik. Lidah panjang serta bercabang. Selagi lidah bercabang, tak payahlah nak ajak makhluk lain berkerjasama kerana kerjasama itu hanya akan membuang masa.

7. Kalau alasan tempurung nyiur Ayah KaTalk ada 21 slots kuliah, Sekolah Sang Kancil ada 7 slots. 21 slots itu pun tak mampu nak tegur slot2 MAKSIAT EXCLUSIVE di tempurung nyiur Ayah KaTalk.

Ayah KaTalak dah mencungap. Nak kena Heart Attack attack agaknya. Dada makin sakit. Cepat2 dia amik henset. Dia dail ..... 911.....

Tuuuutttt .....Tuutttttt....Tuuutttt...Hello 911, apa boleh saya bantu encik ?

Ayah KaTalk : Elloo 911, saya sakit. Tolong hantar ambulan ke tempat saya dan hantar saya ke hospital.

911 : Encik nak ke hospital mana ? Hospital Pantai, Ampang Puteri atau General Hospital.

Ayah KaTalk : Tolong hantar saya ke Hospital Gila Tanjung Rambutan. Sebab saya ada masalah mental 3 G ( Gila Dunia, Gila Puji, Gila Kuasa).

Lompat Si KaTalk lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Apa Ayah KaTalk dapat ?
Musuhi orang ikut sunnah Nabi...................................

Pengajaran

1. Kalau kita terasa hati jika ada sindiran, itu tandanya kita sedar kita berbuat mungkar TETAPI kita tak mahu akui kesalahan kita sebab kita EGO.

2. Sifat orang yang suka dengan maksiat, akan mengaanggap teguran dan seruan kepada kebenaran adalah sindiran.

3. Orang yang tidak beriman, akan merasa tidak selesa bila disindir oleh makhluk tetapi tidak terasa apa-apa dengan sindiran Allah. Seperti yang dirasai oleh Ayah KaTalk.

4. Orang yang tidak beriman, tidak akan sedar kesalahan yang dilakukan walau selalu ditegur dan dinasihati. Seperti Ayah KaTalk.

5. Orang yang alim, akan tahu menilai orang munafik yang ingin memperalatkan dirinya. Seperti Siput Gondang Emas pandai menilai kemunafikan Ayah KaTalk.

6. Orang yang hasad dengki dan munafik, rela menghalang sesuatu yang baik dan membiarkan maksiat berlaku. Seperti Ayah KaTalk rela melihat Sekolah Sang Kancil ditutup sedangkan Sekolah maksiat berlambak.


Cerita ini MEMANG ada kena mengena dengan orang yang masih hidup & yang dah mati pucuk. Hahahahaha, Sama-sama kita amik iktibar dan gunakan Al Quran & Sunnah yang ditafsir menggunakan ilmu yang hak sebagai panduan.

Kepada yang terasa dengan sindiran, hisablah diri. Kalau sindiran cik awae demo dah sakit jiwa, bayangkanlah kalau sindiran Allah macam mana Hahahaha. Thx U kpd tok2 guru yang beri idea & point2.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?