-->

Friday, September 21, 2007

Fajar Islam di Maghribi

Kiriman: UstazHalim pada 08/09/07
Fajar Islam di Maghribi
Keputusan awal Pilihanraya umum Maghribi menunjukkan Parti Keadilan dan Pembangunan (PKP) menduduki tempat kedua dikalangan parti-parti yang bertanding. PKP mendapat 47 kerusi atau 14% dari jumlah kerusi, seperti yang diumumkan oleh media massa di Maghribi.

Parti Kemerdekaan mendapat 52 kerusi (16%), Parti Gerakan Rakyat mendapat 43 kerusi (13%), Parti Perhimpunan Kebangsaan Bebas 38 kerusi (12%), Parti Sosialis Bersatu 36 kerusi (10%), Parti Kesatuan Perlembagaan 27 kerusi (8%).

Hasan Ad-Daudy, Naib Setiausaha Agung PKP menjangka bahawa partinya akan mendapat lebih banyak kerusi sehingga mencapai 50 kerusi. Melihat kepada manifesto, pemimpin dan agenda, beliau percaya tidak ada di Maghribi yang dinamakan parti-parti berhaluan kanan atau kiri.Beliau yang menang di kawasan pilihanraya Faas mengkritik parti-parti yang bertanding dengan menyatakan bahawa pada hakikatnya hanya dua parti sahaja yang bertanding iaitu Parti Kemerdekaan yang memerintah dan PKP yang berusaha kearah cita-cita Islam dan membenteras penyelewengan dalam pemerintah dan masyarakat.

Perlu dijelaskan bahawa pilihanraya-pilihanraya di Negara-negara Arab sering diwarnai dengan penyelewengan, penipuan dan tekanan oleh pemerintah dalam berdepan dengan parti-parti pembangkang berhaluan Islam Tahun lalu di Mesir, setelah Ikhwan Muslimin (IM) mendapat kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Pusingan Pertama, Kerajaan Mesir (Parti Kebangsaan Demokratik) mengenakan tekanan dan penyelewengan di pusingan kedua dan ketiga menyebabkan IM hanya mendapat hampir 90 dari lebih 400 kerusi yang dipertandingkan.

Usaha membuka pintu-pintu kebebasan, perkongsian dalam perjalanan Negara, pertanggungjawaban dan sebagainya adalah dialu-alukan. Namun ia memerlukan perubahan sikap pihak pemerintah dan keberanian serta ketaqwaan di pihak rakyat membawa perubahan kearah Islam yang dicita-citakan.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?