-->

Friday, September 21, 2007

Israel Benar Bekal 1,000 Raifal kepada Fatah

TEL AVIV 26 Julai Utusan Malaysia – Kerajaan Israel baru-baru ini membenarkan penghantaran 1,000 raifal melalui Jordan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat, lapor sebuah akhbar Israel, Haaretz.

Penghantaran senjata ini merupakan yang terbesar pernah dibenarkan oleh Israel kepada Pihak Berkuasa Palestin yang setia pada Presiden Mahmoud Abbas.

Penghantaran dibuat untuk menghalang Hamas daripada menyerang atau menawan semula Gaza, lapor Haaretz lagi.

Seorang jurucakap di Pejabat Perdana Menteri, Ehud Olmert ketika dihubungi bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan tentang penghantaran itu.

Senjata berkenaan dihantar kepada Pihak Berkuasa Palestin yang diserang pejuang Hamas sejak bulan lalu dengan kepercayaan penuh diberikan terhadap Abbas tanpa mempersoalkan pendiriannya yang mungkin akan berubah.

Tahun ini saja beberapa ribu senjata telah dihantar dari Mesir dan Jordan bagi kegunaan Fatah.

– AFP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?