-->

Wednesday, September 19, 2007

Persiapan Menyambut Ramadhan
A. Yang beriman

1. Niat berpuasa
2. Bangun bersahur
3. Puasa di siang hari daripada
perkara perkara yang terlarang
4. Buka puasa
5. Solat terawih
6. Solat tengah malam.
7. Tempa baju raya untuk anak anak
dan isteri. Diri sendiri pakai selepar
dan kain pelekat baru cukup.

B. Orang kebanyakan

1. Niat berpuasa
2. Bersahur sebelum tidur
3. Biasalah puasa di siang hari
(penuhkan masa dengan tidur, menonton
wayang, jalan jalan pasar Ramadhan)
4. Buka puasa kadar melepaskan geram
siang hari
5. Solat terawih 3 minggu yang
pertama dan cari masjid yang buat express.
6. Tempa baju kurung/melayu fesyen
terkini, jika bolih jenis dan warna yang
itu sahaja dalam dunia ini.

C. Suri rumah tangga

1. Tempa kuih hari raya yang gurantee
sedap, mahal tak kisah.
2. Langsir dan tikar getah/carpet baru
3. Sahur saja left over buka puasa,
cuma masak nasi dan telur masin atau
ikan kering
4. Solat terawih off & on bila
ditanya katakan terawih di rumah
5. Buat keputusan awal nak raya di mana?
6. Pakaian raya dah siap beli sebelum
puasa lagi.

D. Peniaga ( pasar ramadhan, tukang
baju, dan tukang buat kuih raya )

1. Tempa lot perniagaan dengan Bandaraya,
2. Ambil tempahan baju raya dan kuih
raya setakat terdaya
3. Siapkan modal
4. Cari pembantu
5. Modify kereta nak bawa jualan ke
pasar ramadhan
6. Buka puasa belambak di pasar
ramadhan. Tukang jahit dan tukang buat
kuih masih selesa berbuka.
7. Sahur makan apa yang ada atau
makan kuih raya yang reject.
8. Solat terawih? Tengoklah jika sempat.

E. Orang kaya dan ternama

1. Siap cuti keluar negeri
2. Atau medikal treatment di negara
Mat Saleh.
3. Puasa, sahur dan solat terawih,
kira musafir sajalah.

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN KEPADA
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?