-->

Saturday, November 3, 2007

I'tikaf di Masjid al Aqsa
29 September 2007. Beratus-ratus orang penghuni bandar Al-Quds dan rakyat Palestin menyahut seruan untuk menghidupkan malam jumaat di Masjid Al-Aqsa melalui program iktikaf di masjid tersebut. Beratus-ratus orang telah menyertai program iktikaf itu yang bermula selepas solat terawih sehingga solat subuh. Program iktikaf tersebut tidak menyenangkan pihak penjajah Israel. Mereka telah menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa pada waktu malam tersebut dan berusaha untuk membatalkan program tersebut. Polis Israel telah mengepung muslimin dan muslimat yang solat dan beriktikaf dalam masjid selama satu jam setengah.
Campurtangan pihak Wakaf dan Penjaga Masjid Aqsa telah dapat menyekat kepungan tersebut dari berterusan. Ketegasan mereka yang solat dan beriktikaf dalam Masjid Al-Aqsa juga membuat polis Israel berundur dari masjid tersebut.

Para pemuda Masjid Al-Aqsa telah menjemput orang ramai untuk beriktikaf pada malam Jumaat di Masjid Al-Aqsa bagi meghidupkan masjid tersebut khususnya dalam keadaan sekatan Israel yang kuat ke atas Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa. Beratus-ratus pemuda dan orang dewasa mula mendirikan solat qiamullail di Masjid Al-Aqsa selepas solat terawih di medan berdekatan dengan pintu Masjid Qibli Kabir.

Tidak lama selepas solat didirikan, pada ketika itu berpuluh-puluh polis Israel memasuki Masjid Al-Aqsa dan memasuki saf-saf mereka yang sedang beriktikaf dan cuba menghalau orang yang solat dengan hujjah tidak dibenarkan bagi mereka mendirikan solat di tempat tersebut pada waktu malam. Mereka dibenarkan solat dalam masjid Qibli sahaja. Namun mereka yang solat enggan dan tetap tidak berganjak serta meneruskan solat dan iktikaf mereka menyebabkan polis Israel menolak mereka dengan kuat memasuki masjid Qibli dan mengugut mereka menggunakan kekerasan. Namun orang ramai tetap meneruskan iktikaf, solat dan zikir mereka. Polis Israel terus mengepung tempat tersebut selama satu jam sehinggalah pihak Wakaf Al-Quds dan Penjaga Masjid Aqsa campur tangan membuat pihak polis Israel berundur dari tempat mereka iktikaf. Mereka yang iktikaf dapat meneruskan iktikaf mereka dan mengikuti program-program lain sehinggalah waktu subuh.

Yayasan Al-Aqsa pula menyediakan beratus-ratus hidangan sahur bagi mereka yang iktikaf dalam Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?