-->

Saturday, November 3, 2007

Bersama Berganding Membantu Palestin
Kita sedar bahawa masyarakat Islam di seluruh dunia berada di dalam keadaan kesusahan, begitu jugalah Aman Palestin dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya untuk kempen membantu rakyat Palestin kita cukup sedar bahawa di dalam negara kita juga terdapat keperluan-keperluan dan bantuan-bantuan yang perlu kita sumbangkan.
Dalam usaha kita melakukan kempen membantu rakyat Palestin tidak bermakna kita lupa terhadap keperluan yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Jangan sekali-kali kita memandang bahawa AP tidak memahami keperitan dan keperluan setempat.
Cuma oleh kerana Aman Palestin adalah badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu rakyat Palestin maka kita dapat lihat bahawa kita menumpukan sepenuh perhatian dan aktiviti hanya untuk membantu rakyat Palestin. Namun begitu disana wujud usaha-usaha lain dalam membantu umat Islam di Malaysia. Dan Aman Palestin sendiri prihatin dalam membantu rakyat Malaysia.

Terdapat persoalan, bagaimanakah kita melihat isu palestin. Dalam suasana sekarang masa ini kita berdepan dengan masalah pertelingkah dikalangan rakyat Palestin sesama sendiri. Kita tertanya-tanya kenapa perlu membantu mereka sedangkan mereka bergaduh sesama sendiri. Inilah satu persolan yang sering kita jumpa dan hadapi. Aman Palestin tidak melihat isu Palestin ini dari asperk kita orang Melayu melihat krisis orang arab tetapi kita melihat dalam konteks orang Islam sesama orang Islam, kita masyarakat muslim melayu disini sebenarnya adalah sebahagian daripada masyarakt muslim arab dan masyarakat muslim arab adalah sebahagian dari masyarakat muslim melayu, kesusuhaan mereka adalah kesusahan kita dan kesusahan kita adalah kesusahan mereka juga dan kita amat bersyukur kerana Allah mengurniakan keamanan dan kita sebenarnya tidak boleh lupa membantu saudara kita yang memerlukan di tempat lain dan tempat yang palintg kritikal dan amat memerlukan perhatian adalah di bumi Palestin, sebab itulah Aman Palestin ditubuhkan dan ia satu-satunya usaha membantu rakyat Palestin secara berterusan.

Sabda rasul s.a.w: “Perumpamaan orang mukmin sesama mereka seperti jasad yang satu, sekiranya satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota akan merasa sakit dan lemah”, dan sabdanya lagi: “ dan barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam walaupun apa bangsa, warna kulit dan kedudukan maka bukanlah dikalangan mereka. Maka diatas asas inilah kita melihat krisis di Palestin, siapa yang benar atau salah tidak seharusnya menjadikan umat Islam meninggalkan atau menarik diri dalam memberikan sumbangan dan keprihatinan terhadap isu Palestin. Aman Palestin melihat dari aspek kita adalah saudara seagama, satu jasad, satu masyarakat, satu ummah, dimana-mana bahagian daripada jasad umat ini merasa sakit maka kesakitan akan dirasai oleh seluruh badan, begitulah apa yang berlaku di Palaestin, keperitan yg dihadapi merupakan keperitan yang kita hadapi .

Dia atas semangat itu maka kita melakukan usaha yang berterusan membantu mereka tanpa jemu, puas dan sempit dada. Akhir sekali saya menyeru kepada semua badan-badan yang menghadiri program pada kali ini untuk menyertai usaha yang kita lakukan melalui Aman Palestin. Tuan puan boleh membantu bukan sahaja dengan bentuk wang ringgit bahkan lebih dari itu dengan bersama-sama membina atau mengambil projek usahasama di Palestin atau di Lubnan. Kita mengalu-alukan dan kita berhasrat jika berjaya maka sebenarnya kita telah dapat menjalinkan satu jalinan kerjsama yang lebih meluas. Aman Palestin ingin melihat bahawa isu ini tidak ditanggani atau dipikul oleh sebahagian dari kita tetapi kita hendak melihat semua membantu dan berkongsi bersama. Tidak ada kepentingan dalam Aman Palestin dalam meletak siapa didepan tetapi yang penting adalah kita bersama-sama. Kita amat mengalu-alukan kesediaan tuan-tuan. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?