-->

Saturday, December 1, 2007

Buruh asing buat kecoh ganggu penduduk Sungai Udang
Zaili Muhammad

SUNGAI UDANG, 28 Nov (Hrkh) - Penduduk di Taman Peruna di Sungai Udang dekat sini, semakin bimbang dengan kehadiran buruh asing khasnya dari Bangladesh dan Indonesia yang sering mengganggu kententeraman dan juga keselamatan penduduk taman berkenaan.



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut Seorang penduduk, Jamal Kadir, kebanyakan buruh tersebut menunjukkan sikap yang tidak baik seperti berlegar dalam kawasan taman dengan hanya berseluar dalam, mandi di kawasan lapang dan juga mengganggu anak-anak gadis penduduk taman tersebut.

"Perbuatan mereka ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk taman dan kami bimbang sesuatu kejadian yang tidak diingini akan berlaku sekiranya tiada tindakan dari pihak berkuasa untuk menanganinya,รข€� katanya.

Harakahdaily dimaklumkan juga bahawa terdapat beberapa kes bahawa buruh-buruh asing itu dengan sengaja meraba wanita-wanita semasa berada di pasar malam dan membuat kekotoran di kawasan taman itu.

"Mereka juga telah menggunakan kemudahan yang terdapat di surau tersebut dan merosakkannya serta ada juga yang menjalankan kegiatan yang tidak sihat termasuk mencuri," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu.

Difahamkan, sejumlah 300 orang lagi buruh asing dari negara itu akan ditempatkan di kawasan taman perumahan tersebut sedangkan ramai di kalangan pekerja asing yang telah dibawa masuk oleh agen-agen pekerjaan yang ada di taman itu belum mendapat pekerjaan dan kebajikan mereka pula diabaikan.

Untuk itu, penduduk berharap, sesuatu perlu dilakukan agar kejadian- kejadian yang lebih buruk tidak berlaku di kawasan tersebut dalam usaha menjaga keharmonian, keselesaan dan keselamatan penduduk taman berkenaan. - mr

2 comments:

laksanamargie said...

Orang malaysia selalu menganggap bahwa semua pekerja asing salah, padahal mereka datang atas kebutuhan negara anda. Anda selalu berpikiran picik (childish). Jika tidak ada pekerja asing tidak ada yang melakukan pekerjaan kasar di negara anda.

Muhammad Yusri bin Mohd Zahir said...

erm..keinginan malaysia kepada buruh asing...hanya sebagai buruh..bukan untuk mengganggu ketenteraman...cukuplah diberi pekerjaan dan hidup yang selesa..kenapa perlu menganggu ketenteraman orang...=)

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?