-->

Friday, January 25, 2008

15 artis gian kronik
SHAH ALAM: Antara 10 hingga 15 artis yang pernah menjadi hamba dadah jenis syabu dan ganja, kini menjalani rawa- tan pemulihan selama dua tahun dengan Agensi An- tidadah Kebangsaan (AADK) Selangor.

Artis lelaki serta wanita ter- babit yang masih muda sang- gup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan bagi mendapatkan dadah itu se- hingga mencapai peringkat kronik.

Antara artis terbabit ialah seorang pelakon wanita yang sering mengambil syabu se- mata-mata untuk meman- tapkan lakonannya ketika penggambaran drama.

Akibat pengambilan dadah itu, dia berjaga secara ber- terusan selama tiga malam dan sentiasa segar setiap kali melakonkan watak.

Pendedahan mengenai ta- biat buruk segelintir artis berkenaan dibuat Penolong Pegawai Antidadah, AADK Selangor, Ahmad Faizal Awang kepada Harian Metro, sema lam.

Menurutnya, selepas selesai penggambaran, pelakon ter- babit tidur sepuas-puasnya kerana syabu berkesan untuk sekurang-kurangnya tiga ha- ri.

“Pelakon terbabit kini men- dapatkan rawatan pemulihan dadah selepas ditahan pihak berkuasa sebelum ini.

“Dia perlu menghabiskan dua tahun mengikuti pelba- gai program dijalankan AADK sebagai satu rawatan pemulihan perlu dilaluinya,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ahmad Faizal, se- mua artis yang terbabit da- lam rawatan pemulihan itu perlu hadir di pejabat AADK sekali setiap bulan bagi men- jalani terapi dan perbinca- ngan berkumpulan.

Mereka juga perlu meng- hantar sampel air kencing setiap bulan bagi memasti- kan tidak lagi mengambil da- da h.

“Seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kum- pulan muzik terkenal antara artis yang sudah menamat- kan tempoh rawatan pemu- lihan dengan AADK dan se- takat ini dia menunjukkan perubahan positif.

“Seorang artis wanita yang pernah menganggotai kum- pulan muzik era 90-an turut mendapatkan rawatan dari- pada AADK dan kini aktif menjadi kaunselor untuk ra- kan artis lain serta kumpulan perbinc angan,” k at an y a .

Ahmad Faizal berkata, go- longan artis terbabit juga ti- dak pernah ponteng menyer- tai mana-mana program AADK kerana selain mahu memulihkan diri sendiri da- ripada pengaruh dadah, me- reka ingin menyumbang ke- pada masyarakat.

Katanya, walaupun ber- status artis, mereka tidak pernah malu mengaku menjadi penagih dadah te- gar sebaliknya berusaha ke- ras untuk pulih dan mem- bebaskan diri daripada cengkaman dadah.

“Walaupun tiada yang da- tang secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pe- mulihan daripada AADK Se- langor, mereka tetap mengi- kuti program dari mula hing- ga akhir bagi melengkapkan tempoh hukuman.

“AADK tidak pernah membezakan antara artis dengan orang biasa kerana pada kami, dadah tidak ke- nal siapa penggunanya,” k a- t an y a .

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?