-->

Thursday, January 24, 2008

nikmat seorang kawan??
Malam ni sejuk sangat. Semalam hujan..sepanjanghari asap berasak keluar dari mulut yg bernafas. Disitu tergambar kuasa Allah pada diri yang lemah ini. Bernafas dengan udara-Nya tetapi dengan nafas itu kita berlagak dengan dosa yang kita sahami.

Berhijrah ke rumah sahabat...walaupun hanya selangkah dua ... langsung membawa saya pada memikirkan kuasa Allah. Jarak yang tidak sehasta mengubah segala ehwal. Diri ini rasakan cukup sejuk dirumah tetapi kuasa allah itu hebat dan menakjubkan. Tidak peluh berjalan tetapi sejuk itu berganda2 dikawasan rumah sahabat. Asap berkepul2 keluar. Tidur berselubung lihaf tapi sejuk itu tetap menggigit tulang.

Sakit dek nikmat yang Allah tarik dahulu ini kembali menumpang semula. Tidak ada rumah barangkali...kerana itu asyik menumpang diri ini yang cukup lelah mengubat diri sendiri. Bila difikirkan Allah itu sentiasa bersama...aku sangat2 bahagia dengan sakit yang datang tetapi apabila fikiran itu melayang jauh, aku sering mengeluh. Ampun Ya Tuhan. Aku sangat bersalah tatkala lafaz keluhan itu berlalu.

Kalam sahabat yang mendoakan aku agar sembuh, beratap di bibir2 mereka tetapi ekadang aku rasa seperti aku ini mengharapkan belas kasihan.Lafaz yang diungkapkan sesekali ada yang seperti memerliku bagaikan menganggap aku sudah sihat dan hanya menagih simpati. Itu apa yang aku rasai namun tiada siapa yang tahuapa yang kurasai.

Detik itu berlalu sungguh laju dan aku perlukuat untuk mengejar masa yang sedang berlalu pergi..mengubat sendiri kaki ini yang masih begini...agar aku x memerlukan sesiapa untuk bergerak kesana dan kesini. Aku selalu merasakan diri aku ini sangat2 menyusahkan mereka. Aku kekadang mengadu......kekadang mengeluh....pada sahabat kerana sakitku dan juga kerana sikap sesetengah dari mereka.Mungkin kerana perasaan seorg yang sakit mudah terasa.

Aku mudah rasa bersalah tapi salahkah aku meluahkan apa yang aku rasa. Aku x marah kerana ini memang diri aku. Aku lebih suka mereka yang berterus-terang tapi biarlah berhikmah bukan dengan cara menyindir dan sebagainya.

Bila difikirkan....itulah kawan...ada yang bersama kita ketika susah dan ada yang lari ketika tiada upaya pada diri kita. Bagiku kawan ini umpama semut yang mencari gula. Bila ada manisnya ia akan datang berkumpul dan menghabiskan manisan itu dan apabila sudah habis, semuanya hilang x kunjung lagi hinggalah manisan itu wujud semula....itulah kawan.....

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?