-->

Thursday, January 24, 2008

Australia mungkin haramkan hiijab di lapangan terbang
MELBOURNE, 14 Okt - Pemakaian bertudung Muslimah mungkin dilarang penggunaannya di semua lapangan terbang di bawah rancangan radikal yang sedang digubal Kerajaan Perdana Menteri John Howard, demikian menurut sumber-sumber pegawai kanan Australia, seperti dilaporkan Bernama.

Langkah berjaga-jaga yang di luar jangkaan itu akan melibat pengharaman hijab, kain yang menutup aurat kepala wanita Islam, di semua lapangan terbang di Australia sebagai tindakan mengawal keselamatan, kata akhbar The Herald Sun dalam laporannya.

Pegawai keselamatan dikatakan juga turut bimbang dengan pemakaian niqab and burqa. Niqab merupakan pakaian menutup muka kecuali dua biji mata, manakala burqa menutup kesemua muka dengan menggunakan kain jaring nipis.

Pengharaman pakaian tersebut dikatakan sedang digubal di pejabat Menteri Imigresen, Kevin Andrews and pegawai-pegawai kanannya sedang meminta pandangan para pegawai keselamatan sebelum rancangan larangan itu dilaksanakan.

Perubahan dasar imigresen itu berikutan dengan langkah Kerajaan Howard melarang kemasukan mereka yang datang dari Sudan.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?