-->

Thursday, January 24, 2008

Tembok Mesir-Gaza diletup
Ribuan penduduk Palestin merana Israel sekat ke seberang beli barang keperluan

RAFAH: Pejuang Palestin bertopeng meletupkan tembok sempadan Gaza-Mesir semalam, membuka lubang besar bagi berpuluh ribu penduduk untuk mencurah masuk ke Mesir bagi mendapatkan barang keperluan selepas wilayah Palestin berkenaan dikenakan sekatan keluar-masuk oleh Israel sejak minggu lalu.

Pengawal sempadan Mesir dan Hamas tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penduduk berkenaan yang kembali ke Gaza membawa berkotak-kotak makanan, rokok dan botol plastik mengandungi bahan bakar.



Keadaan huru-hara itu - digambarkan wartawan seperti banduan meloloskan diri dari penjara besar - berlaku selepas Tel Aviv menutup keseluruhan pintu sempadan wilayah Gaza sebagai tindak balas terhadap tembakan roket ke kawasan yang dijajah penduduk Yahudi.

Israel kelmarin melonggarkan sekatan berkenaan dengan membenarkan kemasukan terhad bahan api bagi kegunaan loji jana kuasa elektrik di Gaza selepas masyarakat antarabangsa mengecam rejim zionis itu atas tindakannya mengenakan "hukuman kolektif" terhadap 1.5 juta penduduk Gaza.

Bagaimanapun, penduduk Gaza semalam masih menghadapi kekurangan bekalan elektrik, bahan api dan bekalan lain.

Awal pagi semalam, pejuang Palestin meletupkan beberapa lubang pada tembok sempadan Gaza-Mesir. Pasukan keselamatan Hamas kemudian menutup beberapa lubang itu tetapi membiarkan dua terbuka yang membolehkan penduduk menyeberangi secara bebas ke Mesir untuk membeli barang keperluan.

Tembok tinggi berkenaan memisahkan bandar Rafah yang terbahagi kepada bahagian Gaza dan Mesir.

Penduduk Gaza Ibrahim Abu Taha, 45, seorang bapa kepada tujuh orang anak, berkata: "Kami mahu membeli beras, gula, susu, gandum dan keju.

"Kami masih boleh membeli keperluan ini di Gaza tetapi harganya sudah meningkat tiga kali ganda," katanya.

Berdepan dengan sekatan menyeluruh oleh Israel, Hamas mengenakan tekanan ke atas Mesir yang membantu sekatan Tel Aviv dengan menutup pintu sempadan Rafah, untuk melonggarkan kawalan sempadan.

Seorang pegawai Hamas yang tidak bertugas Abdel Rahman, 29, berkata semalam adalah kali pertama beliau dapat keluar Gaza. "Saya boleh menghidu kebebasan, Mulai hari ini kita tidak lagi perlu sempadan."

Abdel Rahman berkata tidak ada senjata yang diseludup masuk dari Mesir. "Anda lebih mudah membeli senjata di Gaza seperti pistol dan RPG daripada membeli ubat kanser atau minuman lain."

Identiti pejuang yang meletupkan tembok sempadan itu tidak didedahkan namun Hamas dalam satu kenyataan berkata ia menyokong tindakan itu.

"Tindakan mengebom tembok sempadan ini membayangkan betapa terdesaknya penduduk di Gaza akibat sekatan Israel."

Sejak beberapa hari lalu selepas sekatan sempadan dikenakan Israel, penduduk Gaza terpaksa bergelap dengan hospital mengalami masalah untuk merawat pesakit, seterusnya mendorong masyarakat antarabangsa mengecam tindakan rejim zionis itu.

Sementara itu di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menangguhkan sehingga Rabu depan perbincangan lanjut mengenai tindakan Israel mengadakan sekatan ke Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, seorang diplomat menyuarakan keraguannya bahawa Amerika Syarikat, yang menyokong Israel, akan menerima kenyataan kompromi yang diusahakan 14 anggota majlis yang lain.

"14 ahli majlis menyatakan mereka mahu kenyataan yang berkompromi tapi Amerika Syarikat menyatakan keengganan dan atas sebab demikian, sukar bagi mendapat kompromi yang diterima semua pihak," kata diplomat itu. – AP/AFP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?