-->

Thursday, January 10, 2008

Harga emas cecah paras tertinggi baru




BERHARGA: Emas dilihat sebagai instrumen pelaburan untuk melindung nilai daripada kenaikan inflasi.


Kenaikan dorong Peninsular Gold bina loji di ECER

HARGA emas mencecah paras tertinggi baru pada AS$891.40 satu aun dalam dagangan Asia semalam disokong peningkatan harga minyak mentah, kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik.

Bagaimanapun pada penutup urus niaga, harga logam itu jatuh sedikit kepada AS$886.20 satu aun, tetapi lebih tinggi daripada AS$863.20 kelmarin.



"Harga minyak yang tinggi dan nilai dolar AS yang lemah menjadi punca peningkatan harga emas," kata peniaga emas, di Delta Asia Financial Group, Gary Yue.

Emas dilihat sebagai instrumen pelaburan untuk melindung nilai daripada kenaikan inflasi.

Harga minyak mentah tinggi yang diurusniagakan pada AS$96.69 setong di dagangan Asia tengah hari semalam memberikan tekanan kepada inflasi di kebanyakan negara.

Di samping itu, emas juga juga dilihat sebagai pelindung nilai terbaik berikutan ketidaktentuan global, yang dicetuskan ketegangan antara Iran dan AS selasa lalu.

Nilai dolar AS yang lemah juga menjadikan emas lebih murah bagi pembeli yang membelinya menggunakan mata wang lain yang meningkat nilainya.

Yue berkata, di samping faktor harga minyak, kelemahan dolar AS dan ketegangan geopolitik, peningkatan harga emas juga disebabkan oleh faktor psikologi yang mana ada kalangan pelabur yang cuba melonjakkan harganya ke paras AS$900 satu aun.

Sementara itu, peningkatan berterusan harga emas dunia telah mendorong Peninsular Gold Ltd, sebuah syarikat yang disenaraikan di London untuk melabur RM60 juta di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi membina loji canggih yang mampu mengekstrak 85 peratus sisa emas dalam lombong yang ditinggalkan.

Sekretariat ECER dalam kenyataannya semalam berkata, langkah syarikat itu dijangka akan merancakkan minat dalam industri perlombongan emas di ECER.

Mengikut kenyataan ECER itu, akhbar Business Times Singapura melaporkan bahawa pengeluaran loji itu dijadualkan bermula sebelum akhir suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, Pengarah dan Ketua Eksekutif Peninsular Gold, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow, berkata ia mungkin lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu sekitar Jun.

"Saya sentiasa yakin kepada emas. Saya mula melabur dalam aset emas ketika harganya sekitar AS$250 satu auns," kata Kam yang memiliki 53 peratus pegangan ekuiti dalam Peninsular Gold dipetik sebagai berkata.

Peninsular Gold mempunyai 202,000 auns rizab emas dalam lombong yang dikuasainya.

Beroperasi dengan pengeluaran hampir 25,000 aun setahun, lombong berkenaan dijangka mampu mengeluarkan logam itu sehingga tempoh 10 tahun lagi.

Kam berkata, berdasarkan harga emas semasa, beliau yakin operasi loji di ECER itu bakal menyediakan margin keuntungan yang baik kerana kos bagi mendapatkan emas daripada lombong tinggal itu ialah sekitar AS$200 satu aun.

"Sebuah lagi syarikat di bawah Peninsular Gold diberikan hak untuk melaksanakan kerja cari gali emas di kawasan seluas 20,000 hektar di sekitar Raub, Pahang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?